Home Ekonomi Ramssol Group catat untung bersih RM4.36 juta pada suku ketiga
Ekonomi

Ramssol Group catat untung bersih RM4.36 juta pada suku ketiga

Ramssol Group catat untung bersih RM4.36 juta pada suku ketiga

GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA: Ramssol Group Berhad mencatatkan lonjakan untung bersih sebanyak RM4.36 juta pada suku ketiga tahun kewangan berakhir 30 September 2024, berbanding RM1.44 juta pada suku sama tahun sebelumnya.

Bagi suku yang sama, pendapatan kumpulan meningkat sebanyak RM2.16 juta atau 12.5 peratus kepada RM19.47 juta berbanding suku sebelumnya. 

Pertumbuhan berturut-turut ini disokong oleh perluasan tawaran pelanggan Ramssol, langganan HCM berulang dan peningkatan pengedaran. 

Syarikat pula merekodkan keuntungan selepas cukai (PAT) sebanyak RM4.61 juta bagi tempoh kewangan sembilan bulan pertama berbanding RM1.32 juta pada tempoh sama tahun sebelum.

PAT kumpulan mencatatkan peningkatan sebanyak 249.3 peratus, didorong oleh projek margin keuntungan lebih tinggi dan peningkatan pengedaran lesen pengurusan modal insan (HCM). 

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Ramssol, Datuk Seri Ts. Cllement Tan Chee Seng berkata, memandang ke hadapan, Ramssol berada pada kedudukan yang baik untuk meraih manfaat daripada pertumbuhan berterusan industri digital. 

“Kumpulan kekal optimis berhati-hati mengenai prospek bagi tahun kewangan 2024, menjangkakan permintaan berterusan untuk penyelesaian HCM yang semakin berkembang dan platform digital baharu. 

“Peopletech, anggota kumpulan Ramssol, menyediakan Sistem Pengurusan Pembelajaran (LMS) Disprz, dengan peribadian dan penyusunan kandungan yang didorong oleh kecerdasan buatan (AI), meletakkan kumpulan sebagai pemain utama dalam ruang pembelajaran digital. 

“Melalui pengambilalihan saham majoriti dalam Geekstart, sebuah syarikat penyelesaian AI dan digital yang berpusat di Bangkok, Ramssol secara strategik meningkatkan keupayaannya dalam AI dan digital,” katanya. 

Dalam pada itu,  beliau berkata, kerjasama dengan HONO Asia, penyedia SaaS (perisian sebagai satu perkhidmatan) yang berkembang pesat dan pakar dalam penyelesaian HCM berkuasa AI akan memacu penerapan teknologi AI maju dalam operasi HR di seluruh Asia Tenggara. 

“Kerjasama ini, bersama kepakaran Geekstart dalam automasi dan analitik data, memperkukuh penyampaian perkhidmatan Ramssol dan sejajar komitmen mendigitalkan operasi sumber manusia (HR) bagi perusahaan besar pelbagai negara. 

“Bersama-sama, kemajuan ini meletakkan kumpulan untuk meraih peluang baharu dalam landskap digital yang semakin berkembang di rantau ini,” katanya.-UTUSAN

Related Articles

Ekonomi

Ringgit dibuka rendah, kesan jangkaan Trump ubah pendirian tarif

Foto FailKUALA LUMPUR, 24 April– Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat...

IMF semak turun unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia kepada 4.1 peratus
Ekonomi

IMF semak turun unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia kepada 4.1 peratus

IMF menyemak turun pertumbuhan ekonomi negara kepada 4.1 peratus tahun ini. –...

Cadangan kenaikan caj pelabuhan berfasa, tidak membebankan
Ekonomi

Cadangan kenaikan caj pelabuhan berfasa, tidak membebankan

CADANGAN kenaikan caj pelabuhan secara berfasa dijangka tidak membebankan industri. – GAMBAR...

Ekonomi

Harga petrol, diesel tidak berubah hingga 30 April

FOTO HIASAN / LivevarthaKUALA LUMPUR, 23 April- Harga runcit petrol RON97 dan...