Home Ekonomi Tingkat produktiviti, MPC umum pra-pelancaran Program QE 5.0
Ekonomi

Tingkat produktiviti, MPC umum pra-pelancaran Program QE 5.0

Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) mengumumkan pra-pelancaran Program QE 5.0, inisiatif untuk meningkatkan produktiviti dan kualiti dalam sektor awam dan swasta / Foto FB MPC

KUALA LUMPUR, 12 November – Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) mengumumkan pra-pelancaran Program QE 5.0, inisiatif untuk meningkatkan produktiviti dan kualiti dalam sektor awam dan swasta.

MPC memaklumkan, program itu bertujuan memberi pendedahan kepada pemain industri mengenai potensi penjimatan kos dan nilai tambah dalam memenuhi tuntutan global.

\”Program QE 5.0 diperkenalkan dengan lima tahap revolusi, yang fokus kepada pengurusan tempat kerja yang lebih cekap, pengurangan pembaziran, dan penggunaan teknologi. Ia juga menggalakkan amalan lestari untuk meningkatkan produktiviti secara menyeluruh,\” menurut MPC menerusi kenyataan.

Inisiatif itu disasar untuk meningkatkan produktiviti sebanyak 25 peratus, mengurangkan kos operasi sebanyak 20 peratus, dan memberi nilai tambah melalui amalan pengurusan yang berdaya tahan dan efisien, bagi memenuhi cabaran dalam ekonomi global.

Related Articles

Ekonomi

Ringgit dibuka rendah, kesan jangkaan Trump ubah pendirian tarif

Foto FailKUALA LUMPUR, 24 April– Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat...

IMF semak turun unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia kepada 4.1 peratus
Ekonomi

IMF semak turun unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia kepada 4.1 peratus

IMF menyemak turun pertumbuhan ekonomi negara kepada 4.1 peratus tahun ini. –...

Cadangan kenaikan caj pelabuhan berfasa, tidak membebankan
Ekonomi

Cadangan kenaikan caj pelabuhan berfasa, tidak membebankan

CADANGAN kenaikan caj pelabuhan secara berfasa dijangka tidak membebankan industri. – GAMBAR...

Ekonomi

Harga petrol, diesel tidak berubah hingga 30 April

FOTO HIASAN / LivevarthaKUALA LUMPUR, 23 April- Harga runcit petrol RON97 dan...