Home Ekonomi Mega Fortris Bhd rancang pengembangan di UK, sasaran 200 juta unit
Ekonomi

Mega Fortris Bhd rancang pengembangan di UK, sasaran 200 juta unit

Ketua Pegawai Operasi Mega Fortris Bhd, Jason Francis White / Foto RTM

KUALA LUMPUR, 12 November – Mega Fortris Bhd merancang pengembangan melalui pembukaan kemudahan baharu di United Kingdom (UK), dengan sasaran meningkatkan kapasiti sebanyak 200 juta unit.

Ketua Pegawai Operasi, Jason Francis White berkata syarikat itu mampu meningkatkan kapasiti dengan cepat dalam tempoh antara 30 hingga 100 hari.

“Kami dapat meningkatkan kapasiti dengan ketara melalui pelaksanaan acuan baharu, teknologi acuan dan penggunaan pengeluar peralatan asal (OEM) subkontrak yang telah disahkan,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyenaraian syarikat itu di Pasaran Utama Bursa Malaysia, di sini.

Mega Fortris Bhd juga akan meneruskan komitmen operasinya di Amerika Syarikat (AS) meskipun menghadapi cabaran berkaitan cukai dan peraturan di negara itu serta Eropah.

Saham syarikat itu dibuka pada harga 67 sen, sama dengan harga tawaran awam permulaan (IPO), dengan 8.58 juta saham diniagakan.

Related Articles

Ekonomi

Ringgit dibuka rendah, kesan jangkaan Trump ubah pendirian tarif

Foto FailKUALA LUMPUR, 24 April– Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat...

IMF semak turun unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia kepada 4.1 peratus
Ekonomi

IMF semak turun unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia kepada 4.1 peratus

IMF menyemak turun pertumbuhan ekonomi negara kepada 4.1 peratus tahun ini. –...

Cadangan kenaikan caj pelabuhan berfasa, tidak membebankan
Ekonomi

Cadangan kenaikan caj pelabuhan berfasa, tidak membebankan

CADANGAN kenaikan caj pelabuhan secara berfasa dijangka tidak membebankan industri. – GAMBAR...

Ekonomi

Harga petrol, diesel tidak berubah hingga 30 April

FOTO HIASAN / LivevarthaKUALA LUMPUR, 23 April- Harga runcit petrol RON97 dan...