Home Nasional Kerajaan pertimbang guna tenaga nuklear, sebagai sumber tenaga negara
Nasional

Kerajaan pertimbang guna tenaga nuklear, sebagai sumber tenaga negara

Kerajaan pertimbang guna tenaga nuklear, sebagai sumber tenaga negara

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang

KUALA LUMPUR, 11 November– Kerajaan sedang mempertimbang penggunaan tenaga nuklear sebagai sumber tenaga negara pada masa depan.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang berkata ia sebahagian daripada usaha dalam mencapai matlamat pelepasan karbon sifar bersih menjelang 2050.

\”STI boleh memainkan peranan dalam menyediakan kepakaran melalui program latihan. Selain itu, Agensi Nuklear Malaysia mempunyai pengalaman, pengetahuan dan kepakaran di dalam mengendali dan menyelenggara reaktor penyelidikan nuklear iaitu reaktor TRIGA PUSPATI selama lebih 40 tahun.

Ia boleh diaplikasikan ke dalam program tenaga nuklear sekiranya dilaksanakan pada masa akan datang,\” kata Chang di dalam Dewan Rakyat, hari ini.

Tambahnya, kemajuan teknologi telah menjadikan tenaga nuklear lebih sesuai untuk Malaysia dengan inovasi baharu.

Antaranya Reaktor Modular Kecil (SMR) yang membolehkan loji nuklear lebih kecil, selamat dan kos efektif.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....