Home Nasional Bilangan penduduk terjejas banjir di Pahang sedikit berkurangan
Nasional

Bilangan penduduk terjejas banjir di Pahang sedikit berkurangan

Bilangan penduduk terjejas banjir di Pahang sedikit berkurangan

FOTO FAIL

KUALA LIPIS, 11 November – Lapan pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka di Raub dan Kuala Lipis.

Bagaimanapun jumlah penduduk terjejas banjir berkurangan kepada 414 orang daripada 110 keluarga setakat pukul 10.50 malam, berbanding 453 orang daripada 129 keluarga, pukul 8.00 malam tadi.

Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memaklumkan, enam PPS dibuka di daerah Raub dan dua di Lipis.

\”Di Raub, jumlah penduduk terjejas banjir seramai 223 orang daripada 64 keluarga .

\”Mereka berteduh di PPS Dewan Orang Ramai Kampung Tok Machang, Pusat Kegiatan Kemas Gali, Masjid Kampung Pintu Padang, Dewan Serbaguna Kampung Ulu Gali, Sekolah Menengah Agama Al-Fallah Batu Talam dan Balai Raya Kampung Sungai Pasu,\” menurut info itu.

Sementara itu di Lipis, seramai 144 penduduk terjejas banjir daripada 36 keluarga berlindung di PPS Sekolah Kebangsaan Kechau Tui dan 47 orang daripada 10 keluarga ditempatkan di Dewan Semai Bakti Felda Kechau 1.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....