Friday , 27 December 2024
Home Ekonomi Kerajaan pastikan ringgit stabil, BNM sedia tangani ketidaktentuan
Ekonomi

Kerajaan pastikan ringgit stabil, BNM sedia tangani ketidaktentuan

Lim Hui Ying

KUALA LUMPUR, 11 November- Kerajaan Malaysia akan memastikan ringgit terus didagangkan dengan teratur meskipun menghadapi ketidaktentuan global.

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying berkata Bank Negara Malaysia (BNM) akan terus bersedia membendung pergerakan mata wang yang dianggap berlebihan dalam pasaran pertukaran asing.

\”Kerajaan dan BNM telah lama mengambil langkah proaktif untuk mempromosikan penggunaan mata wang tempatan dalam penyelesaian perdagangan dan pelaburan antarabangsa,\” jelas Ying semasa sesi Dewan Rakyat hari ini.

Beliau turut menambah sebagai Pengerusi ASEAN tahun hadapan, kerajaan akan memimpin usaha untuk memperluaskan lagi penggunaan mata wang tempatan serantau dengan negara-negara ASEAN lain.

BNM akan terus meneroka peluang kerjasama penyelesaian mata wang tempatan dengan negara-negara strategik yang mempunyai nilai dagangan dua hala yang tinggi.

Dalam pada itu, Ying berkata kerajaan sedang melaksanakan pelbagai langkah pembaharuan untuk mengukuhkan ekonomi negara.

Langkah-langkah tersebut termasuk penambahbaikan mekanisme melalui Kerjasama Awam-Swasta (PPP) serta penggunaan Akta 850 dalam meningkatkan tadbir urus kewangan awam.

Begitu juga mempergiatkan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR), Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030, program pengaktifan dan reformasi badan berkaitan kerajaan (GEAR-uP) serta penambahbaikan gaji minimum.

\”Penggubalan akta baharu untuk menambahbaik perolehan kerajaan dan memperkukuh tadbir urus syarikat milik kerajaan dijangka akan meningkatkan kredibiliti dan keberkesanan pengurusan kewangan awam.

\”Kerajaan akan terus menumpukan perhatian kepada pelaksanaan dasar strategik bagi memugar ekonomi, memajukan perubahan, dan mensejahterakan rakyat,\” katanya menjawabpertanyaan Ahli Parlimen Tebrau Jimmy Puah Wee Tse di Dewan Rakyat.

Beliau turut menyatakan kerajaan kekal komited untuk mengukuhkan kedudukan kewangan negara melalui pelaksanaan dasar fiskal berhemah yang selari dengan aspirasi Ekonomi MADANI.

Related Articles

Ekonomi

Dividen ASB 2024, bukti ekonomi mengukuh – Penganalisis

Foto Kecil: Pensyarah Kanan Ekonomi, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr. Bashir Ahmad...

Ekonomi

Kerjasama blok ASEAN perkukuh cabaran geopolitik, ekonomi global

Datuk Ramesh KodammalKUALA LUMPUR, 25 Disember- Blok ASEAN perlu bersatu dan memperkukuh...

PNB komited tingkat simpanan, pelaburan pelanggan
Ekonomi

PNB komited tingkat simpanan, pelaburan pelanggan

KUALA LUMPUR: Permodalan Nasional Bhd. (PNB) menyasarkan untuk meningkatkan aset di bawah...

Dividen ASB 5.75 sen seunit, tertinggi dalam lima tahun
Ekonomi

Dividen ASB 5.75 sen seunit, tertinggi dalam lima tahun

PETALING JAYA: Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) mengumumkan pengagihan pendapatan yang tertinggi...