Saturday , 23 November 2024
Home Politik Malaysia jemput China hadir ke GCC tahun depan
Politik

Malaysia jemput China hadir ke GCC tahun depan

ANWAR Ibrahim bersama Li Qiang.

PUTRAJAYA: Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025 secara rasminya menjemput pemimpin China untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC) yang akan berlangsung tahun depan.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, jemputan itu telah dipanjangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Presiden Xi Jinping dan Perdana Menteri Li Qiang pada lawatan kerjanya ke China yang berakhir semalam.

Beliau berkata, hubungan yang baik antara China dan Malaysia pastinya membawa limpahan positif kepada rakan-rakan dalam lingkungan ASEAN.

“Ia juga membuktikan bahawa Malaysia sebagai sebuah negara yang berdaulat dan berdagang dengan mana-mana negara yang ingin berdagang dan bersahabat dengan Malaysia,” katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Fahmi berkata, Perdana Menteri juga akan berdepan jadual lawatan rasmi dan persidangan bermula esok ke Kaherah, Mesir dan bertemu Presiden Abdel Fattah el-Sisi.

“Selain itu, Perdana Menteri juga dijadual bertolak ke Riyadh, Arab Saudi pada 11 November buntuk menghadiri Sidang Tergempar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) bagi membincangkan isu berkaitan Palestin.

“Beliau (Perdana Menteri) kemudian akan ke Lima, Peru bagi mengikuti Sidang Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) pada 14 November ini sebelum ke Rio de Janeiro, Brazil untuk sidang Pemimpin ekonomi utama Kumpulan 20 (G20).

“Malaysia dijemput ke sidang G20 atas kapasiti selaku Pengerusi ASEAN. Perdana Menteri akan pulang ke tanah air selepas lawatan tersebut,” katanya. – UTUSAN

Related Articles

Politik

Bersatu perlu terbuka serah mandat Pas kemudi PN

Bersatu didakwa semakin lemah dan Pas patut diberi laluan kemudi PNPETALING JAYA:...

Politik

Kerugian FashionValet boleh bantu ratusan usahawan bumiputera

Dr. Kelvin Yii Lee WuenKUALA LUMPUR: Kerugian pelaburan bernilai RM43.9 juta dicatatkan...

Politik

Radzi, Ronald, Peja menang jawatan Naib Presiden Bersatu

Ronald Kiandee (kiri), Ahmad Faizal Azumu (dua kiri) dan Radzi Jidin (kanan)...

Politik

‘Guan Eng jangan menangis minta bantuan lagi’

LIM GUAN ENGKUALA LUMPUR: Sebilangan kecil pemimpin Kerajaan Perpaduan didakwa masih terbawa-bawa...