Wednesday , 4 December 2024
Home Politik Tiada isu penggal Anwar sebagai Presiden PKR
Politik

Tiada isu penggal Anwar sebagai Presiden PKR

FAHMI FADZIL

CYBERJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim masih boleh menjawat jawatan Perdana Menteri biarpun tempoh beliau sebagai Presiden PKR tamat selepas tiga penggal.

Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil berkata, tiada isu timbul mengenai tempoh jawatan itu kerana Anwar masih mempunyai jawatan-jawatan penting lain.

Beliau berkata, pihak parti telah pun memikirkan jalan keluar kepada isu berkenaan.

“Ketika ini, Anwar mempunyai jawatan-jawatan lain yang membolehkan beliau memegang jawatan Perdana Menteri bagi penggal kedua pentadbirannya selepas Pilihan Raya Umum ke 16 (PRU16).

“Anwar ketika ini masih pegang jawatan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Pengerusi Majlis Rundingan Pimpinan Kerajaan Perpaduan jadi dari segi itu tidak berlaku sebarang konflik,” katanya ketika ditemui pada Hari Kurier Negara 2024, di sini hari ini.

Katanya, PKR memang mengamalkan had tiga penggal bagi jawatan Presiden, tapi pada waktu ini tidak ada isu berbangkit dan Anwar boleh berkhidmat sebagai Perdana Menteri sekarang malah untuk penggal seterusnya.

Untuk rekod, Anwar memegang jawatan pengerusi PH sejak 2020. – UTUSAN

Related Articles

Politik

Bersatu perlu terbuka serah mandat Pas kemudi PN

Bersatu didakwa semakin lemah dan Pas patut diberi laluan kemudi PNPETALING JAYA:...

Politik

Kerugian FashionValet boleh bantu ratusan usahawan bumiputera

Dr. Kelvin Yii Lee WuenKUALA LUMPUR: Kerugian pelaburan bernilai RM43.9 juta dicatatkan...

Politik

Radzi, Ronald, Peja menang jawatan Naib Presiden Bersatu

Ronald Kiandee (kiri), Ahmad Faizal Azumu (dua kiri) dan Radzi Jidin (kanan)...

Politik

‘Guan Eng jangan menangis minta bantuan lagi’

LIM GUAN ENGKUALA LUMPUR: Sebilangan kecil pemimpin Kerajaan Perpaduan didakwa masih terbawa-bawa...