Home Nasional Kawasan yang tidak terjejas banjir di Segamat akan digazetkan sebagai Zon Keterjaminan Makanan
Nasional

Kawasan yang tidak terjejas banjir di Segamat akan digazetkan sebagai Zon Keterjaminan Makanan

Kawasan yang tidak terjejas banjir di Segamat akan digazetkan sebagai Zon Keterjaminan Makanan

Exco Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Johor, Datuk Zahari Sarip

JOHOR BAHRU, 10 November- Kerajaan negeri Johor kini dalam proses menggazetkan kawasan tanah yang tidak terjejas banjir di Segamat, sebagai Zon Keterjaminan Makanan bagi meningkatkan hasil pertanian dan sekuriti makanan.

Aktiviti pertanian seperti tanaman nanas, sayur-sayuran, herba dan ternakan ayam akan dijalankan di kawasan tanah, seluas antara 800 hingga seribu 200 hektar.

Exco Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Johor, Datuk Zahari Sarip berkata, beberapa usahawan dalam dan luar negeri yang berpotensi menjayakan inisiatif tersebut, juga telah dikenal pasti.

Beliau menyasarkan 30 usahawan terlibat dalam program berkenaan.

\”Kerajaan sedang perhalusi termasuk esok pun kita ada mesyuarat nak bincang perkara ini, nanti dah selesai kita akan umumkan.

\”Kalau sempat kita akan minta Menteri Besar umum dalam belanjawan, kita tidak pasti sama ada sempat atau tidak untuk wartakan,\” katanya.

Beliau ditemui selepas merasmikan Pelancaran SME Bank \’Kampung Angkat Madani\’ di bawah Program Santuni Madani di Kampung Pasir, Johor Bahru, Johor.

Sementara itu, 100 pelajar golongan B40 dari 14 buah sekolah di kampung tersebut, menerima sumbangan wang tunai melibatkan jumlah keseluruhan RM20,000 daripada SME Bank, sebagai persediaan kembali ke sekolah bagi sesi tahun hadapan.

Related Articles

Petugas media dijemput sertai Pesta Pantun sempena HAWANA 2025
Nasional

Petugas media dijemput sertai Pesta Pantun sempena HAWANA 2025

Penyertaan Pesta Pantun HAWANA–DBP 2025 terbuka kepada semua petugas media / Foto...

Ribut petir di Sarawak, Sabah dan Labuan hingga 1 tengah hari ini
Nasional

Ribut petir di Sarawak, Sabah dan Labuan hingga 1 tengah hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 2 Mei – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran...

Presiden Kosovo diberi sambutan rasmi, Anwar terima Anugerah 'Order of Independence'
Nasional

Presiden Kosovo diberi sambutan rasmi, Anwar terima Anugerah 'Order of Independence'

Presiden Republik Kosovo, Dr Vjosa Osmani Sadriu dan Perdana Menteri, Datuk Seri...

Presiden Kosovo melawat Malaysia
Nasional

Presiden Kosovo melawat Malaysia

Lawatan Presiden Kosovo/BernamaSEPANG, 1 MEI – Presiden Kosovo, Dr. Vjosa Osmani Sadriu...