Home Nasional Malaysia, Mesir bersatu kecam tindakan kejam Israel
Nasional

Malaysia, Mesir bersatu kecam tindakan kejam Israel

Malaysia, Mesir bersatu kecam tindakan kejam Israel

Datuk Seri Anwar Ibrahim

KAHERAH, 10 November- Malaysia dan Mesir bersatu dalam mengecam kekejaman dan pelanggaran undang-undang antarabangsa yang dilakukan oleh rejim Zionis Israel.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil pendirian tegas menentang keganasan yang berlaku di Gaza serta mengutuk tindakan Israel yang menolak bantuan kemanusiaan selain berterusan melakukan pembunuhan.

\”Kami telah mengambil pendirian yang tegas dalam hal ini untuk menentang sekeras-kerasnya,malah saya telah mengemukakan idea bahawa apabila sebuah negara menolak untuk mengiktiraf resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), pilihan terbaik adalah untuk mengusir mereka daripada PBB.

\”Sudah tentu, terdapat pertimbangan perlu diambil kira, namun saya memahami betapa kompleksnya situasi ini kerana apa yang anda sampaikan, keutamaan adalah gencatan senjata dan keamanan. Tanpa pelaksanaan itu, lebih ramai akan terus terkorban, terutama wanita dan kanak-kanak yang diserang,\” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media bersama-sama Presiden Mesir Abdel Fattah El-Sisi pada lawatan rasmi empat hari ke Mesir di Istana Al-Ittihadiya di sini.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....