Thursday , 14 November 2024
Home Nasional PM ucap terima kasih atas tawaran biasiswa Al-Azhar
Nasional

PM ucap terima kasih atas tawaran biasiswa Al-Azhar

PM ucap terima kasih atas tawaran biasiswa Al-Azhar

FOTO FACEBOOK Anwar Ibrahim

KAHERAH, 11 November- Universiti Al-Azhar Al-Sharif di Kaherah, Mesir, bersetuju menawarkan biasiswa kepada pelajar Malaysia yang cemerlang dalam bidang perubatan, kejuruteraan dan teknologi.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan bahawa langkah itu adalah sebahagian usaha memperluas akses pendidikan kepada pelajar Malaysia di Mesir.

\”Kerajaan Malaysia mengucapkan terima kasih kepada Al-Azhar atas kesediaan dan undangan ini,\” katanya dalam ucapan beliau semasa sesi ceramah umum di Pusat Persidangan Al-Azhar di sini malam tadi.

Ucapan tersebut merujuk kepada pertemuan beliau dengan Sheikh Al-Azhar Al-Sharif, Profesor Dr. Ahmad Muhammad Ahmad At-Tayyeb, yang mana beliau turut menzahirkan penghargaan atas sumbangan Al-Azhar dalam membantu pelajar Malaysia.

Dalam pertemuan itu, cadangan memorandum persefahaman (MoU) juga dibincangkan bagi memperkukuh kerjasama menerusi program Sains Islam (Ulum Islamiah) antara Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia danUniversiti Al-Azhar.

Kerjasama tersebut turut merangkumi rancangan usaha sama antara Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Institut Bahasa ArabUniversiti Al-Azhar sebagai langkah lanjut untuk mempererat hubungan pendidikan antara kedua-dua negara.

Perdana Menteri menekankan pentingnya kerjasama yang lebih erat antara Malaysia dan Universiti Al-Azhar khususnya dalam meningkatkan penyebaran ilmu dan pembangunan teknologi di rantau ASEAN.

Dalam ucapannya, Anwar turut menyatakan bahawa generasi muda Islam perlu diperlengkapkan dengan ilmu keagamaan, termasuk penguasaan al-Quran dan menegaskan kepentingan mengintegrasikan nilai-nilai Islam dalam bidang keutamaan seperti kecerdasan buatan (AI).

Beliau juga mengumumkan bahawa semua pelajar Islam di Malaysia akan diwajibkan membaca 40 hadis Arbain Imam Nawawi bersama terjemahan yang merupakan langkah pertama seumpamanya dalam sejarah.

\”Kita akan memulakan dengan menyiapkan buku terjemahan dan mengembalikan inisiatif yang pernah dibatalkan termasuk bantuan kepada sekolah-sekolah agama. Bantuan kepada sekolah agama rakyat yang dihentikan sejak 2003 telah dipulihkan semula oleh Kerajaan MADANI di seluruh negara,\” katanya.

Sementara itu, pelajar Malaysia di Universiti Al-Azhar menzahirkan rasa teruja dan berterima kasih atas kunjungan Perdana Menteri ke universiti berkenaan.

\”Terima kasih diucapkan kepada Perdana Menteri kerana telah berunding dengan Sheikh Al-Azhar, Dr. Ahmad At-Tayyeb, mengenai peningkatan biasiswa yang akan diberikan kepada pelajar Malaysia,” kata Mohd Hafiz Abdullah, pelajar Universiti Al-Azhar.

Hana Zulaikha Ashman, seorang pelajar universiti tersebut berkata, \”Ini merupakan satu peluang besar bagi saya dapat melihat Perdana Menteri Malaysia ke-10 secara langsung. Saya berharap kami, sebagai pelajar Al-Azhar, dapat menyumbang sebagai modal insan berkualiti di Malaysia kelak.\”

\”Sebagai rakyat Malaysia, saya sangat gembira dapat melihat Perdana Menteri di depan mata. Saya ingin mengucapkan terima kasih kerana beliau sudi bertemu dengan para pelajar, walaupun tidak secara peribadi tetapi secara berkumpulan. Terima kasih saya ucapkan,\” kata Mohd Syamil Syukri, pelajar Universiti Al-Azhar.

Nafisyah Ahmad Fendi turut menyatakan, \”Saya sangat bersyukur kerana kita dapat mengetahui perkembangan pertemuan dua hala antara Malaysia dan pihak Al-Azhar, termasuk pertemuan dengan Presiden Mesir sendiri serta hasil daripada pertemuan berkenaan.\”

Related Articles

Hentian rehat Pantai Kok bakal dibuka Januari 2025
Nasional

Hentian rehat Pantai Kok bakal dibuka Januari 2025

FOTO RTMLANGKAWI, 13 November- Sebuah kemudahan awam hentian rehat telah dibina di...

Lelaki maut kemalangan tiga kenderaan di Pasir Gudang
Nasional

Lelaki maut kemalangan tiga kenderaan di Pasir Gudang

Foto RTMJOHOR BAHRU, 13 November – Seorang lelaki berusia 34 tahun maut...

Bekas Menteri Kewangan Tun Daim meninggal dunia
Nasional

Bekas Menteri Kewangan Tun Daim meninggal dunia

Bekas Menteri Kewangan Tun Daim ZainuddinKUALA LUMPUR, 13 November-Bekas Menteri Kewangan, Tun...

Dua pesawah Pendang diundang PBB ke persidangan antarabangsa di Azerbaijan
Nasional

Dua pesawah Pendang diundang PBB ke persidangan antarabangsa di Azerbaijan

P. Ramaness (dua dari kanan) memberi taklimat kepada Abdullah Mohamad dan Keria...