Home Ekonomi Ringgit rendah berbanding dolar AS berikutan ketidaktentuan global meningkat
Ekonomi

Ringgit rendah berbanding dolar AS berikutan ketidaktentuan global meningkat

Ringgit rendah berbanding dolar AS berikutan ketidaktentuan global meningkat

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 11 November- Ringgit diniagakan rendah berbanding dolar AS pada sesi pembukaan hari ini dengan permintaan terhadap mata wang Amerika Syarikat (AS) itu meningkat berikutan ketidaktentuan politik dan ekonomi global, kata ahli ekonomi.

Pada 8.00 pagi, ringgit susut kepada 4.3850/3995 berbanding dolar AS daripada 4.3800/3850 pada Jumaat lepas.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata sentimen pasaran kekal berhati-hati berikutan peniaga terus menganalisis potensi impak terhadap ekonomi secara keseluruhan berikutan Presiden AS yang baharu akan dilantik pada Januari tahun depan.

“Terdapat juga kekecewaan terhadap langkah-langkah rangsangan ekonomi China yang diumumkan minggu lepas berikutan kekurangan butiran untuk meningkatkan permintaan domestik,” katanya kepada Bernama.

Mohd Afzanizam berkata dari aspek teknikal, ringgit telah berada dalam kedudukan terlebih jual, menunjukkan risiko penurunannya adalah terhad.

“Bagaimanapun, berdasarkan sentimen pasaran yang kekal berhati-hati, permintaan terhadap dolar AS akan berterusan dengan Indeks Dolar AS (DXY) meningkat kepada 105.007,” katanya.

Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia meningkat berbanding pound kepada 5.6628/6815 daripada 5.6943/7255 pada Jumaat lepas dan naik berbanding euro kepada 4.6977/7132 daripada 4.7347/7606 sebelum ini.

Bagaimanapun, ringgit merosot berbanding yen Jepun kepada 2.8675/8774 daripada 2.8637/8795.

Mata wang tempatan diniagakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang ASEAN.

Ia meningkat berbanding baht Thailand kepada 12.7880/8411 daripada 12.8947/12.9767 sebelum ini, bagaimanapun susut berbanding peso Filipina kepada 7.52/7.55 daripada 7.47/7.51 pada Jumaat lepas dan berkurangan berbanding rupiah Indonesia kepada 279.7/280.8 daripada 278.6/280.3 sebelum ini.

Ia turut rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.3022/3136 daripada 3.3207/3394 pada Jumaat lepas. -Livevartha

Related Articles

Gas Malaysia beri bantuan mangsa letupan Putra Heights
Ekonomi

Gas Malaysia beri bantuan mangsa letupan Putra Heights

MOHAMAD Farid Ghazali (kiri) menyampaikan replika cek sumbangan kepada Haniff Zainal Abidin...

Proton X50 baharu diperkenalkan pada media
Ekonomi

Proton X50 baharu diperkenalkan pada media

PROTON X50 baharu.PETALING JAYA: Proton Holdings Berhad (Proton) memperkenalkan Proton X50 terbaharu...

Kerajaan timbang undang-undang khusus kawal selia AI – Gobind
Ekonomi

Kerajaan timbang undang-undang khusus kawal selia AI – Gobind

GOBIND SINGH DEOKUALA LUMPUR: Kerajaan dalam proses meneliti keperluan untuk menggubal undang-undang...

Takaful Ikhlas perluas akses takaful kepada pekerja Prasarana
Ekonomi

Takaful Ikhlas perluas akses takaful kepada pekerja Prasarana

WAN Ahmad Najib Wan Ahmad Lotfi (dua kanan) bergambar bersama wakil-wakil syarikat...