Thursday , 14 November 2024
Home Pasaran Ringgit Dijangka Diniagakan Tinggi Minggu Depan
Pasaran

Ringgit Dijangka Diniagakan Tinggi Minggu Depan

Ringgit Dijangka Diniagakan Tinggi Minggu Depan

Ringgit

KUALA LUMPUR, 9 Nov (Livevartha) — Ringgit dijangka diniagakan lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan, memandangkan perbezaan kadar faedah dilihat memihak kepada ringgit, dengan Bank Negara Malaysia (BNM) mungkin mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) tidak berubah sepanjang tahun depan, kata pakar ekonomi.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata kebimbangan terhadap dasar Presiden AS Donald Trump tahun depan boleh mendorong peniaga dan pelabur mengambil pendekatan lebih berhati-hati.

Beliau berkata ringgit sewajarnya meningkat kerana jurang kadar faedah dilihat memihak kepada ringgit kerana BNM mungkin mahu mengekalkan OPR pada kadar tidak berubah sepanjang tahun depan.

\”Bagaimanapun, kebimbangan terhadap dasar Presiden AS tahun depan boleh membuatkan peniaga dan pelabur ragu-ragu justeru, mereka akan lebih berhati-hati.

\”Buat masa ini, paras sokongan dan rintangan masing-masing pada RM4.3259 dan RM4.4390. USD/MYR dijangka bergerak sekitar RM4.37 hingga RM4.38 minggu depan,\” katanya kepada Livevartha.

Mohd Afzanizam berkata data penting untuk minggu depan adalah Indeks Harga Pengguna AS dan Indeks Harga Pengeluar AS yang masing-masing akan dikeluarkan pada Rabu dan Khamis.

\”Bagi Malaysia, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku ketiga 2024 akan diumumkan pada Jumaat dengan konsensus mengunjurkan pertumbuhan 5.3 peratus.

\”Sepanjang tempoh itu, kalangan pegawai Rizab Persekutuan AS (Fed) akan berkongsi pandangan mereka mengenai ekonomi dan dasar terutamanya dalam konteks keputusan Pilihan Raya Presiden AS yang baru-baru ini dan pengaruhnya ke atas pendirian dasar monetari Fed,\” katanya.

Berasaskan Jumaat ke Jumaat, ringgit susut berbanding dolar AS kepada 4.3800/3850 daripada 4.3780/3835 minggu lepas.

Related Articles

Ringgit Dibuka Mendatar Berbanding Dolar AS
Pasaran

Ringgit Dibuka Mendatar Berbanding Dolar AS

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 14 Nov(Livevartha) — Ringgit dibuka...

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Jejaki Prestasi Wall Street
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Jejaki Prestasi Wall Street

Oleh Zufazlin Baharuddin KUALA LUMPUR, 13 Nov (Livevartha) — BursaMalaysia dibuka rendah...

Ringgit Terus Ditutup Rendah Berbanding Dolar US
Pasaran

Ringgit Terus Ditutup Rendah Berbanding Dolar US

Oleh Anas Abu Hassan KUALA LUMPUR, 13 Nov (Livevartha) — Ringgit susut...

Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari
Pasaran

Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari

Oleh Zufazlin Baharuddin KUALA LUMPUR, 13 Nov (Livevartha) –Bursa Malaysia bercampur-campur pada...