Home Nasional Festival Idea Putrajaya 2024 dijangka himpunkan pakar, pembuat dasar, ahli akademik & industri
Nasional

Festival Idea Putrajaya 2024 dijangka himpunkan pakar, pembuat dasar, ahli akademik & industri

Festival Idea Putrajaya 2024 dijangka himpunkan pakar, pembuat dasar, ahli akademik & industri

FOTO RTM

PUTRAJAYA, 9 November- Jerayawara Festival Idea Putrajaya 2024, platform pengenalan untuk mempromosikan Festival Idea Putrajaya 2024 yang dijadual berlangsung selama tiga hari pada penghujung November ini.

Ia memberi gambaran awal mengenai pengisian festival tersebut pada 27 hingga 29 November bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) yang diinspirasikan sebagai platform berprestij bagi perbincangan dan perkongsian idea-idea inovatif serta penyelesaian terhadap cabaran semasa yang dihadapi negara dan dunia.

Dijangka menghimpunkan pemimpin pemikir, pakar, pembuat dasar, ahli akademik, industri dan masyarakat umum, ia juga inisiatif signifikan bagi memartabat pendidikan tinggi serta memperkukuh imej Malaysia sebagai pusat kecemerlangan wacana intektual dan inovasi.

\”Festival ini juga akan dianjurkan untuk mengembalikan kegemilangan budaya ilmu dan melahirkan masyarakat yang menghargai ilmu. Kita juga akan berkongsi dengan masyarakat dalam ruang masa tersebut, \’The Malaysian Success Story\’ dengan mengangkat Putrajaya sebagai \’City of Ideas\’,\” kata Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Datuk Seri Ir. Dr. Zaini Ujang ketika menyampaikan teks ucapan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Program jerayawara diadakan selama dua hari bermula hari ini hingga esok, 10 November 2024 di sebuah pusat membeli-belah di Putrajaya dengan pelbagai aktiviti, melibatkan penyertaan pempamer daripada 20 industri, dan lima institusi pendidikan tinggi.

Related Articles

Lebih 10,000 pengunjung jangka meriahkan Hari Pekerja 2025, PM rasmi sambutan
Nasional

Lebih 10,000 pengunjung jangka meriahkan Hari Pekerja 2025, PM rasmi sambutan

FOTO FACEBOOK Anwar IbrahimKUALA LUMPUR, 1 Mei- Lebih 10,000 warga kerja dari...

Malaysia perlu imbang hubungan AS, rakan serantau – PM
Nasional

Malaysia perlu imbang hubungan AS, rakan serantau – PM

FOTO FACEBOOK Anwar IbrahimKUALA LUMPUR, 1 Mei- Malaysia perlu mengekalkan keseimbangan dalam...

Presiden Kosovo mulakan lawatan sulung ke Malaysia esok
Nasional

Presiden Kosovo mulakan lawatan sulung ke Malaysia esok

Presiden Kosovo, Dr. Vjosa Osmani Sadriu / Foto REUTERSPUTRAJAYA, 30 April-Presiden Kosovo,...

MAIS perkenal kad pengenalan khas PPI, cegah penipuan pengurusan harta
Nasional

MAIS perkenal kad pengenalan khas PPI, cegah penipuan pengurusan harta

Pengerusi MAIS Datuk Salehuddin Saidin ditemui pemberita selepas Majlis Penghargaan Rakan Media...