Home Ekonomi Pertumbuhan ekonomi Malaysia dilihat stabil dan berkembang kukuh
Ekonomi

Pertumbuhan ekonomi Malaysia dilihat stabil dan berkembang kukuh

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid / Foto RTM

ANGKASAPURI, 9 November – Pertumbuhan ekonomi Malaysia dilihat berada dalam keadaan yang stabil.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berpendapat, pencapaian sekitar 5 peratus hingga 5.3 peratus dalam tempoh suku ketiga adalah realistik dan mencerminkan prestasi kukuh negara sepanjang tahun 2024 ini.

\”Ini berdasarkan apa yang dilihat menerusi data-data yang lain seperti eksport, import, indeks pengeluaran indsutri dan sebagainya. Ia jelas menunjukkan bahawa ekonomi Malaysia ini berada dalam landasan yang betul,\” katanya ketika ditemui pemberita di sini.

Tambahnya, beliau mengambil pendekatan konservatif dengan meletakkan unjuran tahunan pertumbuhan ekonomi pada 4.9 peratus.

Pendekatan ini mempertimbangkan sikap berhati-hati pengguna dalam berbelanja disebabkan isu kos sara hidup yang masih menjadi cabaran utama.

Ekonomi Malaysia diunjurkan berkembang sebanyak 5.3 peratus pada suku ketiga 2024, meneruskan momentum peningkatan kukuh sebanyak 5.9 peratus pada suku kedua dan 4.2 peratus pada suku pertama tahun ini.

Related Articles

Ekonomi

Ringgit dibuka rendah, kesan jangkaan Trump ubah pendirian tarif

Foto FailKUALA LUMPUR, 24 April– Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat...

IMF semak turun unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia kepada 4.1 peratus
Ekonomi

IMF semak turun unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia kepada 4.1 peratus

IMF menyemak turun pertumbuhan ekonomi negara kepada 4.1 peratus tahun ini. –...

Cadangan kenaikan caj pelabuhan berfasa, tidak membebankan
Ekonomi

Cadangan kenaikan caj pelabuhan berfasa, tidak membebankan

CADANGAN kenaikan caj pelabuhan secara berfasa dijangka tidak membebankan industri. – GAMBAR...

Ekonomi

Harga petrol, diesel tidak berubah hingga 30 April

FOTO HIASAN / LivevarthaKUALA LUMPUR, 23 April- Harga runcit petrol RON97 dan...