Friday , 27 December 2024
Home Ekonomi Bank Rakyat lantik Ahmad Shahril sebagai pemangku CEO
Ekonomi

Bank Rakyat lantik Ahmad Shahril sebagai pemangku CEO

Ahmad Shahril Mohd Shariff

KUALA LUMPUR, 9 November- Bank Rakyat melantik Ahmad Shahril Mohd Shariff sebagai pemangku Ketua Pegawai Eksekutif bank itu berkuat kuasa hari ini.

Menurut Bank Rakyat dalam satu kenyataan, Ahmad Shahril yang sebelum ini merupakan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perniagaan menggantikan Datuk Mohammad Hanis Osman yang akan menamatkan tempoh perkhidmatannya hari ini.

“Pelantikan Ahmad Shahril bertujuan memastikan kesinambungan kepimpinan dan operasi Bank Rakyat berjalan lancar.

“Pelan peralihan ini membuktikan komitmen Bank Rakyat untuk terus memberikan nilai kepada pelanggan dan pemegang berkepentingannya. Kami yakin pelantikan ini akan terus membawa Bank Rakyat ke hadapan selain mencapai objektif strategik kami,” katanya.

Bank Rakyat berkata pihaknya telah merangka pelan penggantian untuk pengisian jawatan Ketua Pegawai Eksekutif yang akan diumumkan kelak.

Ahmad Shahril mempunyai pengalaman selama lebih 26 tahun dalam industri perbankan dan kewangan serta mempunyai kelayakan akademik yang luas.

“Beliau merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Kewangan dan Perakaunan dari University of Salford, United Kingdom serta Ahli Bertauliah di Chartered Institute of Islamic Finance,” katanya.- Livevartha

Related Articles

Ekonomi

Dividen ASB 2024, bukti ekonomi mengukuh – Penganalisis

Foto Kecil: Pensyarah Kanan Ekonomi, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr. Bashir Ahmad...

Ekonomi

Kerjasama blok ASEAN perkukuh cabaran geopolitik, ekonomi global

Datuk Ramesh KodammalKUALA LUMPUR, 25 Disember- Blok ASEAN perlu bersatu dan memperkukuh...

PNB komited tingkat simpanan, pelaburan pelanggan
Ekonomi

PNB komited tingkat simpanan, pelaburan pelanggan

KUALA LUMPUR: Permodalan Nasional Bhd. (PNB) menyasarkan untuk meningkatkan aset di bawah...

Dividen ASB 5.75 sen seunit, tertinggi dalam lima tahun
Ekonomi

Dividen ASB 5.75 sen seunit, tertinggi dalam lima tahun

PETALING JAYA: Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) mengumumkan pengagihan pendapatan yang tertinggi...