Home Nasional Jenazah dua beranak maut ditikam, dikebumikan satu liang lahad
Nasional

Jenazah dua beranak maut ditikam, dikebumikan satu liang lahad

Jenazah dua beranak maut ditikam, dikebumikan satu liang lahad

Zulkifli Ibrahim, 62 tahun dan anaknya Siti Zulaila, 30 tahun dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Qaryah Tanjong Tokong

GEORGE TOWN, 8 November- Jenazah dua beranak yang maut ditikam seorang lelaki dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Bandar Baru Farlim dekat Ayer Itam pada 6 November, selamat dikebumikan dalam satu liang lahad.

Zulkifli Ibrahim, 62 tahun dan anaknya Siti Zulaila, 30 tahun selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Qaryah Tanjong Tokong pukul 10.00 malam tadi.

Suami Allahyarham Siti Zulaila, Mohamad Shazwan Hafizi Badrul Kamal ketika ditemui menggesa orang ramai untuk berhenti menyebarkan kisah tidak benar berkaitan arwah.

Tambahnya, arwah masih isterinya yang sah dan dakwaan wanita itu janda tidak benar.

\”Soal anak-anak saya serahkan kepada mak mentua. Sementara ini saya tidak boleh fikir lagi, sebab ia terjadi secara mengejut.

\”Berkenaan dakwaan isteri saya berstatus janda, saya harap perkara ini tidak ditularkan. Boleh hentikan berita berkenaan, sebab saya masih sah sebagai seorang suami,\” katanya kepada pemberita di sini.

Jenazah dua beranak tersebut disembahyangkan di Masjid Tuan Guru, dihadiri kira-kira 300 jemaah sebelum dibawa ke tanah perkuburan untuk dikebumikan.

Terdahulu, jenazah dua beranak itu selesai dibedah siasat kira-kira pukul 7.00 malam sebelum dibawa keluar dari Jabatan Perubatan Forensik Hospital Pulau Pinang kira-kira 20 minit kemudian.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Hamzah Ahmad mengesahkan pihaknya menerima maklumat daripada orang awam pada pukul 12.54 tengah hari pada 6 November mengenai seorang individu dilihat membawa pisau dalam keadaan mencurigakan di pangsapuri itu.

Sebaik tiba di lokasi kejadian, di hadapan lobi lif pangsapuri berkenaan, tiga orang termasuk dua mangsa maut ditemukan terbaring dalam keadaan berlumuran darah.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....