Thursday , 14 November 2024
Home Nasional Cermin bas remuk, seorang kanak-kanak antara yang cedera
Nasional

Cermin bas remuk, seorang kanak-kanak antara yang cedera

Cermin bas remuk, seorang kanak-kanak antara yang cedera

Foto Ihsan JBPM Perak

GOPENG, 9 November– Tiga wanita dan seorang kanak-kanak perempuan mengalami cedera ringan selepas bas yang dinaiki mereka melanggar bahagian belakang sebuah lori, awal pagi tadi.

Kemalangan berlaku di Kilometer 295.4 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan berhampiran Gopeng, menyebabkan bahagian hadapan bas tersebut remuk.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan berhubung insiden itu kira-kira pukul 4.03 pagi.

Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gopeng dan Simpang Pulai digerakkan ke lokasi kejadian.

Kemalangan melibatkan sebuah lori treler dengan sebuah bas persiaran bersama 41 penumpang dipercayai dalam perjalanan dari Melaka ke Kedah.

Bagaimanapun, kesemua penumpang berjaya keluar dengan sendiri sebelum pihak bomba tiba manakala pemandu bas dan lori dilaporkan selamat.

Mangsa yang cedera telah diberikan rawatan awal oleh anggota EMRS di lokasi kejadian sebelum dibawa ke hospital.

Operasi tamat pada pukul 5.00 pagi.

Related Articles

Hentian rehat Pantai Kok bakal dibuka Januari 2025
Nasional

Hentian rehat Pantai Kok bakal dibuka Januari 2025

FOTO RTMLANGKAWI, 13 November- Sebuah kemudahan awam hentian rehat telah dibina di...

Lelaki maut kemalangan tiga kenderaan di Pasir Gudang
Nasional

Lelaki maut kemalangan tiga kenderaan di Pasir Gudang

Foto RTMJOHOR BAHRU, 13 November – Seorang lelaki berusia 34 tahun maut...

Bekas Menteri Kewangan Tun Daim meninggal dunia
Nasional

Bekas Menteri Kewangan Tun Daim meninggal dunia

Bekas Menteri Kewangan Tun Daim ZainuddinKUALA LUMPUR, 13 November-Bekas Menteri Kewangan, Tun...

Dua pesawah Pendang diundang PBB ke persidangan antarabangsa di Azerbaijan
Nasional

Dua pesawah Pendang diundang PBB ke persidangan antarabangsa di Azerbaijan

P. Ramaness (dua dari kanan) memberi taklimat kepada Abdullah Mohamad dan Keria...