Home Nasional Lelaki maut, bergesel dengan lori treler
Nasional

Lelaki maut, bergesel dengan lori treler

Lelaki maut, bergesel dengan lori treler

Lori treler yang dipercayai bergesel dengan sebuah motosikal di Jalan Kwong Lee Bank

KUCHING, 8 November- Seorang lelaki berumur lingkungan 40-an maut dalam satu kejadian kemalangan di Jalan Kwong Lee Bank pada pukul 12.49 tengah hari semalam.

Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Kuching Superintenden Merbin Lisa, kemalangan tersebut melibatkan sebuah lori treler dan seorang pembonceng motosikal.

Beliau menerusi kenyataan memaklumkan, kemalangan tersebut dipercayai berlaku semasa pemandu lori yang juga berusia 40-an itu hendak memasuki simpang kiri lalu bergesel dengan motosikal mangsa yang cuba memotong di sebelah kiri lori tersebut.

\”Akibat dari pergeselan itu, motosikal mangsa yang bertugas sebagai anggota pasukan keselamatan itu terjatuh dan diheret oleh pemandu lori tersebut yang merupakan lelaki tempatan.

\”Pembonceng motosikal itu telah disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan pada pukul 1.30 tengah hari,\” menurut kenyataan itu.

Sementara itu pemandu lori treler itu telah ditahan bagi membantu siasatan.

Kes disiasat bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kejadian tersebut diminta tampil untuk menghubungi mana-mana balai polis berhampiran.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....