Friday , 15 November 2024
Home Pasaran Pasaran Getah Tempatan Ditutup Bercampur-Campur
Pasaran

Pasaran Getah Tempatan Ditutup Bercampur-Campur

Pasaran Getah Tempatan Ditutup Bercampur-Campur

–fotoLivevartha

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 7 Nov (Livevartha) — Pasaran getah Kuala Lumpur terus ditutup bercampur-campur pada Khamis, disokong oleh aliran meningkat dalam pasaran niaga hadapan getah serantau dan data ekonomi China yang menggalakkan berikutan pengesahanChina untuk mengekalkan pemulihan ekonominya, kata peniaga.

Beliau berkatasentimen pasaran turut dipengaruhi oleh gangguan bekalan getah asli oleh negara pengeluartetapi kenaikan seterusnya dikekang oleh ketegangan berterusan di Asia Barat.

Katanya niaga hadapan getah Jepun melonjak untuk tiga sesi dagangan berturut-turut, menjejakiharga minyak global yang kukuhtetapi peningkatan terjejas oleh yen yang mengukuh.

“Dilaporkan, agensi meteorologinegara pengeluar getah utama, Thailand mengeluarkan amaran mengenai angin kencang dan hujan lebat yang boleh mengakibatkan banjir kilat bermula 6 Nov hingga 12 Nov, termasuk di wilayah selatan,” katanya kepada Livevartha.

KatanyaPeople's Bank of China mengesahkan China akan terus melaksanakan dasar monetarisokongan untuk membantu mengekalkan pemulihan ekonomi.

“Data kastam China pada Khamis menunjukkan imbangan dagangan negara itu melonjak melebihi jangkaan pada Oktober kepadaUS$95.27 bilion (US$1 = RM4.40).

“Eksport menaikmelebihi jangkaan sebanyak 12.7 peratus dari tahun ke tahun pada Oktober berikutan permintaan dari luar negara dan pengeluaran tempatanyang kukuh ketika sektor perkilangan menyegerakaninventori kepada pasaran eksport utama berikutan jangkaan tarif dari Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah,” tambahnya.

Menurut Lembaga Getah Malaysia (LGM),hargaStandard Malaysian Rubber 20 (SMR 20) menokok17.5 sen kepada891sen sekilogram manakala lateks pukal merosot tujuh sen kepada 680 sen sekilogram.

Related Articles

Ringgit Dibuka Mendatar Berbanding Dolar AS
Pasaran

Ringgit Dibuka Mendatar Berbanding Dolar AS

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 14 Nov(Livevartha) — Ringgit dibuka...

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Jejaki Prestasi Wall Street
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Jejaki Prestasi Wall Street

Oleh Zufazlin Baharuddin KUALA LUMPUR, 13 Nov (Livevartha) — BursaMalaysia dibuka rendah...

Ringgit Terus Ditutup Rendah Berbanding Dolar US
Pasaran

Ringgit Terus Ditutup Rendah Berbanding Dolar US

Oleh Anas Abu Hassan KUALA LUMPUR, 13 Nov (Livevartha) — Ringgit susut...

Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari
Pasaran

Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari

Oleh Zufazlin Baharuddin KUALA LUMPUR, 13 Nov (Livevartha) –Bursa Malaysia bercampur-campur pada...