Home Pasaran Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Berikutan Pengukuhan Dolar AS
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Berikutan Pengukuhan Dolar AS

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Berikutan Pengukuhan Dolar AS

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 7 Nov(Livevartha) — Kontrak niaga hadapan emas diBursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini, dipengaruhi prestasi dolar AS yang kukuh, kata seorang penganalisis.

Rakan PengurusanSPI Asset ManagementStephen Innes berkata emas terus bergelut walaupun Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) dijangka menurunkan kadar faedah, dan tidak memperoleh daya tarikan berikutan hasil Perbendaharaan AS yang lebih tinggi dan pengukuhan dolar AS ketika ini memberi tekanan berterusan.

“Peralihan pasaran adalah jelas; dengan perubahan dasar di bawah Presiden AS Donald Trump berkemungkinan ditangguhkan sehingga pertengahan hingga akhir 2025, emas sekali lagi niagakanpada kadar asas dan hasil perbendaharaan yang tinggi mengurangkan daya tarikannya,” katanya kepada Livevartha.

"Persoalannya sama ada ini pembetulan sementara atau permulaan penurunan yang berterusan," katanya.

Beliau berkata keadaan ini akan bergantung kepada dasar Trump 2.0,terutamanya mengenai langkah ke arah menstabilkan Timur Tengah dan situasi Rusia-Ukraine.

“Namun, buat masa ini, pasaran berada dalam corak bertahan sambil memerhatikan langkah Washington seterusnya. Kenaikan harga emas mungkin sukar pada masa depan," katanya.

Kontrak bulan semerta November 2024 susut kepadaUS$2,673.10 setiap auns troy daripadaUS$2,741 setiap auns troy pada Rabu, danDisember2024 turun kepadaUS$2,686 setiap auns troy daripadaUS$2,753.90 sebelum itu.

Sementara itu, kontrak Januari 2024, Februari 2025 dan April 2025 semuanya ditutup rendah padaUS$2,686 setiap auns troy daripadaUS$2,753.90 setiap auns troy semalam.

Related Articles

Bursa Malaysia Meningkat Susulan Harapan Terhadap Hubungan Baik AS-China
Pasaran

Bursa Malaysia Meningkat Susulan Harapan Terhadap Hubungan Baik AS-China

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 23 April (Livevartha) –Bursa Malaysia...

Ringgit Dibuka Hampir Mendatar Berikutan Pasaran Tumpu Isyarat Kepimpinan Fed AS
Pasaran

Ringgit Dibuka Hampir Mendatar Berikutan Pasaran Tumpu Isyarat Kepimpinan Fed AS

Oleh Harizah Hanim Mohamed KUALA LUMPUR, 23 April (Livevartha) — Ringgit dibuka...

Emas Ditutup Tinggi Ketika Kebimbangan Meningkat Mengenai Ekonomi Global
Pasaran

Emas Ditutup Tinggi Ketika Kebimbangan Meningkat Mengenai Ekonomi Global

Gambar Fail Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 22 April (Livevartha) —...

Ringgit Rendah Berbanding Dolar AS Dalam Ketidaktentuan Ekonomi Global
Pasaran

Ringgit Rendah Berbanding Dolar AS Dalam Ketidaktentuan Ekonomi Global

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 22 April(Livevartha) — Ringgit rendah berbanding...