Home Nasional Kenderaan pengangkut kereta perisai terbalik di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak
Nasional

Kenderaan pengangkut kereta perisai terbalik di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak

Kenderaan pengangkut kereta perisai terbalik di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak

Foto tangkap layar LLM

KUALA LUMPUR, 7 November- Sebuah kenderaan pengangkut kereta perisai (KPKP) milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terbabit dalam kemalangandi Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) petang tadi.

Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Mohammad Ab Rahman berkata kenderaan membawa muatan duakereta perisaiADNAN daripada pasukan yang berpangkalan di Mentakab, Pahang, terbalik akibat kemalangan itu.

Beliau berkata ketika kejadianpada pukul 4.48 petang, kenderaan berkenaan dalam perjalanan ke Gemas, Negeri Sembilan untuk tujuan latihan.

“Punca kemalangan masih dalam siasatan. Namun, tiada kecederaan kepada anggota mahupun orang awam dilaporkan. KPKP mengalami kerosakan,” katanya kepada Bernama.

Dalam pada itu, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menerusi hantaran di Facebook memaklumkan kemalangan berlaku di KM35.2 arah Barat dari Genting Sempah ke Gombak.

Jurucakap LLM ketika dihubungi berkata kedua-dua lorong kanan arah barat dan timur terhalangakibat kemalangan itu.

“Keadaan terkini setakat pukul 8.00 malam,terdapat kesesakan lalu lintas sejauh tiga kilometer di lorong kanan arah barat manakala di lorong kanan arah timur pula kesesakan sepanjang satu kilometer. Ini susulan kerja-kerja pembersihan dan pengalihan treler sedang giat dijalankan,” katanya.- BERNAMA

Related Articles

Lebih 10,000 pengunjung jangka meriahkan Hari Pekerja 2025, PM rasmi sambutan
Nasional

Lebih 10,000 pengunjung jangka meriahkan Hari Pekerja 2025, PM rasmi sambutan

FOTO FACEBOOK Anwar IbrahimKUALA LUMPUR, 1 Mei- Lebih 10,000 warga kerja dari...

Malaysia perlu imbang hubungan AS, rakan serantau – PM
Nasional

Malaysia perlu imbang hubungan AS, rakan serantau – PM

FOTO FACEBOOK Anwar IbrahimKUALA LUMPUR, 1 Mei- Malaysia perlu mengekalkan keseimbangan dalam...

Presiden Kosovo mulakan lawatan sulung ke Malaysia esok
Nasional

Presiden Kosovo mulakan lawatan sulung ke Malaysia esok

Presiden Kosovo, Dr. Vjosa Osmani Sadriu / Foto REUTERSPUTRAJAYA, 30 April-Presiden Kosovo,...

MAIS perkenal kad pengenalan khas PPI, cegah penipuan pengurusan harta
Nasional

MAIS perkenal kad pengenalan khas PPI, cegah penipuan pengurusan harta

Pengerusi MAIS Datuk Salehuddin Saidin ditemui pemberita selepas Majlis Penghargaan Rakan Media...