Home Ekonomi Ajinamoto rakan kerjasama Persidangan Science Castle in Asia 2024 
Ekonomi

Ajinamoto rakan kerjasama Persidangan Science Castle in Asia 2024 

Ajinamoto rakan kerjasama Persidangan Science Castle in Asia 2024 

AJINOMOTO menjadi rakan kerjasama Persidangan Science Castle in Asia 2024.

PETALING JAYA: Ajinomoto (Malaysia) Berhad (AMB) teruja menjadi rakan kerjasama utama bagi Persidangan Science Castle in Asia 2024, (Persidangan pelajar sains terbesar Jepun), yang  diadakan pada 19 hingga 20 Oktober lalu di Dewan Tun Canselor, Universiti Multimedia (MMU) di Cyberjaya. 

Dianjurkan oleh Leave a Nest Malaysia, persidangan ini berjaya menarik kehadiran lebih daripada 1,500 penyelidik muda, ibu bapa dan guru dari sembilan negara menjadikannya persidangan Science Castle terbesar setakat ini.

AMB dalam kenyataan berkata, kerjasama yang juga selaras dengan inisiatif Penciptaan Nilai Bersama oleh Kumpulan Ajinomoto (ASV) ini bertujuan mempromosikan pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) serta menggalakkan penglibatan golongan muda dalam penyelidikan saintifik dan inovasi. 

“Komitmen ini menyokong misi Science Castle untuk memperkasakan generasi saintis dan jurutera masa depan,” katanya dalam kenyataan. 

Persidangan itu telah dirasmikan oleh Menteri Sains, Teknologi, dan Inovasi, Chang Lih Kang.

Persidangan dua hari Science Castle in Asia 2024 itu turut mempamerkan 205 pasukan penyelidikan yang mempersembahkan projek inovatif mereka dalam pelbagai bidang sains.

Dalam pada itu, peserta yang terlibat berkongsi hasil kerja mereka melalui pembentangan dan poster, selain menerima maklum balas berharga daripada rakan sebaya dan pakar. 

“Persidangan ini turut merangkumi bengkel amali, peluang jaringan dan program khusus untuk guru, sekali gus menetapkan cara baharu dalam membimbing pemimpin STEM masa depan di rantau ini.

“Selain itu, pameran yang diadakan menawarkan aktiviti menarik, termasuk Smart Umami Wheel untuk mempromosikan Smart Salt, fun Quiz yang mengetengahkan sains di sebalik perasa Umami AJI-NO-MOTO, permainan aminoVITAL® Ringfit Fitness untuk menggalakkan gaya hidup aktif dan sesi mencuba AJINOMOTO Gyoza serta sup Seri- Aji®,” katanya.-UTUSAN

Related Articles

Ekonomi

Ringgit dibuka rendah, kesan jangkaan Trump ubah pendirian tarif

Foto FailKUALA LUMPUR, 24 April– Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat...

IMF semak turun unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia kepada 4.1 peratus
Ekonomi

IMF semak turun unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia kepada 4.1 peratus

IMF menyemak turun pertumbuhan ekonomi negara kepada 4.1 peratus tahun ini. –...

Cadangan kenaikan caj pelabuhan berfasa, tidak membebankan
Ekonomi

Cadangan kenaikan caj pelabuhan berfasa, tidak membebankan

CADANGAN kenaikan caj pelabuhan secara berfasa dijangka tidak membebankan industri. – GAMBAR...

Ekonomi

Harga petrol, diesel tidak berubah hingga 30 April

FOTO HIASAN / LivevarthaKUALA LUMPUR, 23 April- Harga runcit petrol RON97 dan...