Home Ekonomi Aliran masuk pelaburan pemangkin positif pertumbuhan ekonomi Malaysia
Ekonomi

Aliran masuk pelaburan pemangkin positif pertumbuhan ekonomi Malaysia

Foto RTM

KUALA LUMPUR, 7 November- Peningkatan aliran masuk pelaburan dan pengurangan defisit fiskal antara pemangkin positif bagi memacu pertumbuhan ekonomi Malaysia antara 5 dan 5.5 peratus pada 2024 dan 2025.

Ketua ahli ekonomi Malaysian Rating Corporation Bhd (MARC), Dr Ray Choy berkata, jumlah pelaburan diluluskan kini berada pada purata lebih RM300 bilion.

Angka itu meningkat ketara berbanding sekitar RM200 bilion pada tempoh 2015 hingga 2019.

Jelasnya, aliran semikonduktor global yang mencatatkan peningkatan, turut memberi manfaat kepada negara.

Sementara itu, nisbah defisit fiskal berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar menunjukkan kenaikan konsisten.

Perbelanjaan kerajaan dijangka berkurangan disumbangkan rasionalisasi subsidi dan pengurusan berhemat perbelanjaan pembangunan.

Negara juga semakin menggalakkan perkongsian awam-swasta bagi memacu dan menguruskan perbelanjaan pembangunan dengan berkesan, walaupun dengan peruntukan yang berkurangan.

Beliau mengulas perkara itu dalam taklimat secara maya anjuran MARC mengenai Belanjawan 2025.

Related Articles

Ekonomi

Ringgit dibuka rendah, kesan jangkaan Trump ubah pendirian tarif

Foto FailKUALA LUMPUR, 24 April– Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat...

IMF semak turun unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia kepada 4.1 peratus
Ekonomi

IMF semak turun unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia kepada 4.1 peratus

IMF menyemak turun pertumbuhan ekonomi negara kepada 4.1 peratus tahun ini. –...

Cadangan kenaikan caj pelabuhan berfasa, tidak membebankan
Ekonomi

Cadangan kenaikan caj pelabuhan berfasa, tidak membebankan

CADANGAN kenaikan caj pelabuhan secara berfasa dijangka tidak membebankan industri. – GAMBAR...

Ekonomi

Harga petrol, diesel tidak berubah hingga 30 April

FOTO HIASAN / LivevarthaKUALA LUMPUR, 23 April- Harga runcit petrol RON97 dan...