Home Ekonomi OPR diunjur kekal 3% hingga akhir 2025
Ekonomi

OPR diunjur kekal 3% hingga akhir 2025

Foto RTM

KUALA LUMPUR, 7 November- Bank-bank pelaburan unjur Kadar Dasar Semalaman (OPR) terus kekal pada tiga peratus, sehingga akhir tahun 2025.

Maybank Investment Bank berpandangan, jangkaan itu berdasarkan prospek pertumbuhan ekonomi lebih baik tahun ini dan momentum yang berterusan sehingga tahun depan.

Namun, jangkaan itu masih tertakluk kepada potensi risiko penurunan, kesan keputusan pilihan raya Amerika Syarikat (AS).

Public Investment Bank Bhd pula menjelaskan, pengekalan OPR pada paras semasa akan membantu mengecilkan perbezaan kadar faedah negatif dengan kadar faedah AS.

Bank itu meramalkan, pemotongan kadar lebih rendah oleh Rizab Persekutuan AS tahun depan, bergantung langkah tarif dan cukai baharu.

Sementara itu, Hong Leong Investment Bank mengatakan, keputusan Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia semalam, sebagai tindak balas kepada tekanan inflasi.

Ini termasuk pelaksanaan rasionalisasi RON95 dan jangkaan kenaikan gaji pekerja.

Related Articles

Ekonomi

Ringgit dibuka rendah, kesan jangkaan Trump ubah pendirian tarif

Foto FailKUALA LUMPUR, 24 April– Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat...

IMF semak turun unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia kepada 4.1 peratus
Ekonomi

IMF semak turun unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia kepada 4.1 peratus

IMF menyemak turun pertumbuhan ekonomi negara kepada 4.1 peratus tahun ini. –...

Cadangan kenaikan caj pelabuhan berfasa, tidak membebankan
Ekonomi

Cadangan kenaikan caj pelabuhan berfasa, tidak membebankan

CADANGAN kenaikan caj pelabuhan secara berfasa dijangka tidak membebankan industri. – GAMBAR...

Ekonomi

Harga petrol, diesel tidak berubah hingga 30 April

FOTO HIASAN / LivevarthaKUALA LUMPUR, 23 April- Harga runcit petrol RON97 dan...