Thursday , 26 December 2024
Home Ekonomi Cabaran kerajaan imbangi kebajikan rakyat, laksana penyatuan fiskal
Ekonomi

Cabaran kerajaan imbangi kebajikan rakyat, laksana penyatuan fiskal

Foto RTM

KUALA LUMPUR, 7 November- Mengimbangi antara kebajikan rakyat serta melaksanakan penyatuan fiskal merupakan cabaran yang kompleks bagi kerajaan.

Justeru, Timbalan Setiausaha Bahagian Fiskal dan Ekonomi, Kementerian Kewangan, Dr Nirwan Noh berkata, setiap pelaksanaan dasar memerlukan perancangan teliti dan menetapkan keutamaan sewajarnya, termasuk langkah rasionalisasi RON95.

\”Rasionalisasi perlu dilakukan, penilaian semula setiap program subsidi juga harus dilaksana dan kita harus benar-benar membuat penilaian terhadap kumpulan sasar yang perlu dibantu.

\”Jadi pendekatan yang diperhalusi ini perlu mengimbangi kebajikan sosial dan kemampanan fiskal untuk memastikan subsidi sampai kepada mereka yang benar-benar memerlukannya\”, katanya pada webinar \’Refleksi MARC360: Analisis Belanjawan 2025 dan Perbahasan Pasca Belanjawan Malaysia\’.

Jelasnya, langkah itu juga bertujuan mengelakkan ketirisan dan meningkatkan ketepatan dalam agihan subsidi.

Beliau turut memberitahu kerajaan sedang mempertimbangkan kaedah sama seperti penyasaran subsidi diesel, dengan pemberian bantuan tunai melalui e-dompet.

Related Articles

Ekonomi

Dividen ASB 2024, bukti ekonomi mengukuh – Penganalisis

Foto Kecil: Pensyarah Kanan Ekonomi, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr. Bashir Ahmad...

Ekonomi

Kerjasama blok ASEAN perkukuh cabaran geopolitik, ekonomi global

Datuk Ramesh KodammalKUALA LUMPUR, 25 Disember- Blok ASEAN perlu bersatu dan memperkukuh...

PNB komited tingkat simpanan, pelaburan pelanggan
Ekonomi

PNB komited tingkat simpanan, pelaburan pelanggan

KUALA LUMPUR: Permodalan Nasional Bhd. (PNB) menyasarkan untuk meningkatkan aset di bawah...

Dividen ASB 5.75 sen seunit, tertinggi dalam lima tahun
Ekonomi

Dividen ASB 5.75 sen seunit, tertinggi dalam lima tahun

PETALING JAYA: Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) mengumumkan pengagihan pendapatan yang tertinggi...