Home Ekonomi Malaysia di landasan tepat capai ekonomi mampan, lestari
Ekonomi

Malaysia di landasan tepat capai ekonomi mampan, lestari

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan / Foto Bernama

KUALA LUMPUR, 6 November – Malaysia kini berada di landasan tepat untuk mencapai ekonomi yang lebih mampan dan lestari.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata ekonomi negara semakin kukuh dengan anggaran pertumbuhan sebanyak 5.3 peratus pada suku ketiga tahun ini, manakala kadar inflasi kekal terkawal.

\”Pada bulan September, kadar inflasi berada pada 1.8 peratus dan terus menurun dari 2 peratus pada Julai, diikuti 1.9 peratus pada Ogos,\” katanya ketika berucap di Persidangan ESG dan Kelestarian 2024, di ibu negara.

Amir Hamzah turut menyatakan, pelaburan langsung asing (FDI) mencatat rekod tahun lalu dengan jumlah RM330 bilion.

Pada enam bulan pertama tahun ini, FDI mencapai RM160 bilion, meningkat 18 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu, menunjukkan keyakinan pelabur terhadap prospek ekonomi Malaysia.

Tambahnya, kerajaan juga telah mengambil langkah menyasarkan semula subsidi bagi memastikan keberkesanan perbelanjaan serta mengelakkan ketirisan.

Related Articles

JCorp catat untung sebelum cukai RM718j pada 2024
Ekonomi

JCorp catat untung sebelum cukai RM718j pada 2024

SYED MOHAMED SYED IBRAHIMPETALING JAYA: Kumpulan Johor Corporation (JCorp) pertumbuhan keuntungan sebelum...

Setia capai jualan 70% untuk Nadi (Fasa 3A)
Ekonomi

Setia capai jualan 70% untuk Nadi (Fasa 3A)

LAKARAN artis pembangunan komersial terbaharu, Nadi (Fasa 3A).PETALING JAYA: S P Setia...

Hyundai perkenal Staria, Tucson, Santa Fe baharu 
Ekonomi

Hyundai perkenal Staria, Tucson, Santa Fe baharu 

JAHABARNISA Haja Mohideen (tiga dari kanan) pada majlis pelancaran tiga model baharu...

Tropicana, MBSB Bank sedia pembiayaan untuk Skypark Kepler
Ekonomi

Tropicana, MBSB Bank sedia pembiayaan untuk Skypark Kepler

IXORA Ang (dua dari kiri) bersama Pengarah Urusan, Wilayah Selatan Tropicana, Ir....