Friday , 15 November 2024
Home Ekonomi FBM KLCI meningkat pada sesi pembukaan menjelang keputusan OPR, pilihan raya presiden AS
Ekonomi

FBM KLCI meningkat pada sesi pembukaan menjelang keputusan OPR, pilihan raya presiden AS

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 6 November- Indeks utama Bursa Malaysia meningkat pada sesi pembukaan pada Rabu, dengan FBM KLCI dijangka diniagakan dalam julat 1,615 hingga 1,625 mata menjelang dua acara penting hari ini – keputusan Kadar Dasar Semalaman (OPR) oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dan keputusan pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS).

Pada 9.02 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 4.01 mata kepada 1,624.71 daripada 1,620.70 pada Selasa.

Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi 3.71 mata kepada 1,624.41.

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 130 berbanding 63 manakala 222 kaunter tidak berubah, 1,979 kekal tidak diniagakan dan sembilan yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 84.83 juta saham bernilai RM34.26 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata Wall Street ditutup tinggi semalaman menjelang keputusan pilihan raya presiden AS, yang dijangka sengit.

“Sementara itu, hasil 10 tahun AS merosot kepada 4.28 peratus menjelang keputusan mengenai kadar faedah oleh Rizab Persekutuan AS (pada Khamis),” katanya kepada Bernama.

Dalam negara, Thong berkata FBM KLCI berjaya ditutup melebihi paras 1,620 semalam dalam sesi dagangan yang tidak menentu berikutan pelabur terus membeli saham bank, perladangan dan telekomunikasi menjelang keputusan pendapatan syarikat pada akhir bulan ini.

“Walaupun prospek Wall Street kekal tidak menentu, kami menjangka bursa tempatan akan kekal stabil selepas jualan baru-baru ini,” katanya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank dan Tenaga Nasional, masing-masing meningkat 4.0 sen kepada RM10.58 dan RM14.12, CIMB Group naik 3.0 sen kepada RM8.15, Public Bank menambah 1.0 sen kepada RM4.44 manakala IHH Healthcare tidak berubah pada RM7.31.

Daripada kaunter aktif, 3Ren yang mula disenaraikan di Pasaran ACE meningkat 5.0 sen kepada 33 sen, Cape EMS menambah 1.0 sen kepada 37 sen, Top Glove naik 2.0 sen kepada RM1.10 dan KHPT Holdings menokok setengah sen kepada 20.5 sen.

Pegasus Heights tidak berubah pada 1.0 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 26.35 mata kepada 12,253.59, Indeks FBMT 100 meningkat 29.16 mata kepada 11,967.98 dan Indeks FBM Emas Shariah naik 21.72 mata kepada 12,206.53.

Indeks FBM 70 meningkat 42.11 mata kepada 17,778.87 manakala Indeks FBM ACE merosot 2.50 mata kepada 5,066.58.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan melonjak 44.91 mata kepada 19,212.44, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan naik 0.28 mata kepada 172.59, Indeks Tenaga menambah 3.25 mata kepada 840.60 dan Indeks Perladangan meningkat 22.46 mata kepada 7,634.89.- Livevartha

Related Articles

Kadar jangka pendek antara bank ditutup stabil
Ekonomi

Kadar jangka pendek antara bank ditutup stabil

BANK NEGARA MALAYSIAKUALA LUMPUR, 14 November– Kadar jangka pendek antara bank ditutup...

Niaga hadapan emas ditutup rendah berikutan pengukuhan dolar AS
Ekonomi

Niaga hadapan emas ditutup rendah berikutan pengukuhan dolar AS

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 14 November- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia...

Ekonomi

Minyak transformer berupaya mengurangkan risiko kebakaran di pencawang elektrik

Ketua Pengarah MPOB, Datuk Dr Ahmad Parveez Ghulam Kadir / Foto RTMBANGI,...

Ekonomi

Lawatan rasmi PM ke Mesir jana potensi eksport RM4.8 bilion

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Persidangan Meja Bulat para...