Home Ekonomi GXBank lancar ‘GX 2.0 – Next Starts Now’ bantu PMKS
Ekonomi

GXBank lancar ‘GX 2.0 – Next Starts Now’ bantu PMKS

GXBank lancar ‘GX 2.0 – Next Starts Now’ bantu PMKS

LAI Pei Si (depan, lima dari kiri) pada Majlis Ulang Tahun GXBank

PETALING JAYA: GX Bank Berhad (GXBank) melancarkan produk kewangan terbaharu, ‘GX 2.0 – Next Starts Now.’ dalam membantu perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) mencapai matlamat kewangan mereka.

Ketua Pegawai Eksekutif GXBank, Lai Pei Si berkata, hampir sejuta rakyat Malaysia setakat ini yang telah memilih syarikat itu untuk bersama dalam perjalanan mencapai matlamat kewangan mereka. 

“Secara keseluruhan, mereka telah membuat lebih daripada 24 juta transaksi dan membuka lebih daripada 900,000 poket simpanan. 

“Pemahaman yang mendalam ini membolehkan kami menawarkan kemudahan pinjaman sebagai langkah seterusnya untuk membantu mencapai matlamat kewangan mereka.

“Kami juga teruja dengan peluang untuk bekerjasama dengan pemimpin industri seperti Grab Malaysia, Cradle Fund Sdn Bhd (Cradle), MYStartup dan 1337 Ventures dalam usaha bersama mengembangkan ekosistem syarikat perintis teknologi Malaysia,” katanya dalam ucapan selepas sambutan Majlis Ulang Tahun GX Bank di sini.

Dalam majlis yang sama, turut menyaksikan pelancaran TeXnovasi, hasil kerjasama antara GXBank dan Grab yang disokong oleh Cradle, MYStartup dan 1337 Ventures yang bertujuan untuk membina ekosistem keusahawanan berasaskan teknologi yang terangkum dan mampan di Malaysia.

Jelas Pei Si, TeXnovasi oleh GXBank dan Grab Malaysia bertujuan untuk memajukan ekosistem syarikat pemula di Malaysia melalui kerjasama dengan institusi kewangan.

“Program ini akan menyediakan bimbingan peribadi daripada pemimpin industri, di samping bengkel yang dikendalikan oleh pakar mengenai inovasi, kemasukan pasaran dan cara mendapatkan pelaburan. 

“Syarikat pemula tempatan yang ingin mencipta penyelesaian berimpak untuk memacu landskap kewangan Malaysia boleh memohon untuk menyertai program pemecut ini melalui laman web GXBank,” katanya. 

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan di Cradle, Norman Matthieu Vanhaecke berkata, TeXnovasi bukan sekadar sebuah platform sahaja, tetapi ia adalah pemangkin untuk usahawan teknologi Malaysia berkembang ke peringkat antarabangsa, mengubah idea yang berwawasan menjadi penyelesaian dunia sebenar. 

“Dengan menangani cabaran khusus industri dan pelanggan, TeXnovasi mempunyai potensi untuk membimbing usahawan teknologi menghasilkan inovasi yang terangkum dan direka untuk pertumbuhan mampan, justeru memastikan kejayaan jangka panjang mereka selaras dengan aspirasi Malaysia.” ujarnya.-UTUSAN

Related Articles

Ekonomi

Ringgit dibuka rendah, kesan jangkaan Trump ubah pendirian tarif

Foto FailKUALA LUMPUR, 24 April– Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat...

IMF semak turun unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia kepada 4.1 peratus
Ekonomi

IMF semak turun unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia kepada 4.1 peratus

IMF menyemak turun pertumbuhan ekonomi negara kepada 4.1 peratus tahun ini. –...

Cadangan kenaikan caj pelabuhan berfasa, tidak membebankan
Ekonomi

Cadangan kenaikan caj pelabuhan berfasa, tidak membebankan

CADANGAN kenaikan caj pelabuhan secara berfasa dijangka tidak membebankan industri. – GAMBAR...

Ekonomi

Harga petrol, diesel tidak berubah hingga 30 April

FOTO HIASAN / LivevarthaKUALA LUMPUR, 23 April- Harga runcit petrol RON97 dan...