Home Ekonomi BNM jangka kekalkan OPR pada tiga peratus
Ekonomi

BNM jangka kekalkan OPR pada tiga peratus

BNM jangka kekalkan OPR pada tiga peratus

Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada tiga peratus menjelang semakan akhir Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC), tahun ini / Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 5 November – Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada tiga peratus menjelang semakan akhir Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC), tahun ini.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr. Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata penilaian kadar faedah itu adalah berdasarkan keadaan ekonomi domestik dan unjuran kadar inflasi, di samping mempertimbangkan faktor luaran seperti perkembangan semasa di Amerika Syarikat (AS).

\”Saya kira pada mesyuarat akan datang, keputusan OPR dijangka akan dikekalkan. Jika kita lihat unjuran inflasi yang dibuat oleh kerajaan bagi tahun depan sekitar 2-3 peratus, ini jelas menunjukkan bahawa risiko inflasi di Malaysia masih lagi tinggi. Keadaan ini akan menuntut pihak berkenaan untuk sentiasa berjaga-jaga dalam mentadbir dasar monetari,\” katanya.

Dalam pada itu, Afzanizam berkata pelabur dijangka mengambil pendekatan berhati-hati minggu ini sambil menantikan keputusan pilihan raya dan dasar monetari Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (FED).

Pengumuman data gaji bukan perladangan AS yang lebih rendah daripada dijangkakan juga berkemungkinan mendorong FED melonggarkan dasarnya.

Related Articles

Ekonomi

Ringgit dibuka rendah, kesan jangkaan Trump ubah pendirian tarif

Foto FailKUALA LUMPUR, 24 April– Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat...

IMF semak turun unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia kepada 4.1 peratus
Ekonomi

IMF semak turun unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia kepada 4.1 peratus

IMF menyemak turun pertumbuhan ekonomi negara kepada 4.1 peratus tahun ini. –...

Cadangan kenaikan caj pelabuhan berfasa, tidak membebankan
Ekonomi

Cadangan kenaikan caj pelabuhan berfasa, tidak membebankan

CADANGAN kenaikan caj pelabuhan secara berfasa dijangka tidak membebankan industri. – GAMBAR...

Ekonomi

Harga petrol, diesel tidak berubah hingga 30 April

FOTO HIASAN / LivevarthaKUALA LUMPUR, 23 April- Harga runcit petrol RON97 dan...