Home Ekonomi TSE lanjut waktu dagangan buat julung kali
Ekonomi

TSE lanjut waktu dagangan buat julung kali

Foto Fail

TOKYO, 5 November- Bursa Saham Tokyo (TSE) melanjutkan waktu dagangan biasa selama 30 minit bermula hari ini sebagai sebahagian usaha menjadikan bursa lebih menarik kepada pelabur asing.

Ini merupakan julung kali pelanjutan waktu dagangan dilakukan dalam tempoh 70 tahun.

Dengan perubahan itu, pasaran beroperasi dari 9 pagi hingga 3.30 petang dengan waktu rehat tengah hari selama satu jam.

Pelanjutan juga bertujuan memberi lebih masa kepada pelabur untuk berdagang sekiranya berlaku sebarang masalah seperti gangguan sistem.

Walaupun dengan perubahan itu, TSE masih menawarkan waktu dagangan yang lebih pendek berbanding bursa utama dunia lain, seperti Bursa Saham New York, yang beroperasi enam setengah jam dan Bursa Saham London, yang dibuka selama lapan setengah jam.

Related Articles

Ekonomi

Ringgit dibuka rendah, kesan jangkaan Trump ubah pendirian tarif

Foto FailKUALA LUMPUR, 24 April– Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat...

IMF semak turun unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia kepada 4.1 peratus
Ekonomi

IMF semak turun unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia kepada 4.1 peratus

IMF menyemak turun pertumbuhan ekonomi negara kepada 4.1 peratus tahun ini. –...

Cadangan kenaikan caj pelabuhan berfasa, tidak membebankan
Ekonomi

Cadangan kenaikan caj pelabuhan berfasa, tidak membebankan

CADANGAN kenaikan caj pelabuhan secara berfasa dijangka tidak membebankan industri. – GAMBAR...

Ekonomi

Harga petrol, diesel tidak berubah hingga 30 April

FOTO HIASAN / LivevarthaKUALA LUMPUR, 23 April- Harga runcit petrol RON97 dan...