KUALA LUMPUR, 5 November-Orang ramai diminta berhati-hati dengan jemputan palsu mengenai mesyuarat projek menara 5G dan JENDELA 2 di Sabah yang didakwa akan berlangsung di sebuah hotel di Kuala Lumpur hari ini.
Menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), jemputan itu adalah tidak benar dan merupakan cubaan untuk memperdaya orang ramai.
\”MCMC telah membuat laporan polis berhubung perkara ini.
\”Orang ramai disaran melayari laman rasmi MCMC untuk maklumat sahih mengenai acara anjuran MCMC,\” menurut kenyataan itu.