Home Ekonomi Pelabur institusi tempatan beli bersih ekuiti di Bursa Malaysia
Ekonomi

Pelabur institusi tempatan beli bersih ekuiti di Bursa Malaysia

Foto RTM

KUALA LUMPUR, 4 November-Pelabur institusi tempatan bersih membeli RM960.4 juta ekuiti di Bursa Malaysia minggu lepas, peningkatan ketara daripada RM244.6 juta minggu sebelumnya.

Menurut MIDF Amanah Investment Bank Bhd, peruncit tempatan muncul pembeli bersih, dengan nilai ekuiti RM49.4 juta, selepas beberapa minggu menjual bersih.

Sebaliknya, pelabur asing terus menjual ekuiti untuk minggu kedua berturut-turut, dengan aliran keluar ketara berjumlah RM1.01 bilion, berbanding RM196.2 juta minggu sebelumnya.

Laporan aliran dana MIDF turut memaklumkan, peruncit dan institusi tempatan mengalami penurunan dalam purata volum dagangan harian (ADTV) masing-masing susut 10.8 peratus dan 6.9 peratus.

Manakala pelabur asing menyaksikan peningkatan sebanyak 27.9 peratus.

Sektor perladangan, hartanah dan Amanah pelaburan hartanah (REIT) merekodkan aliran masuk asing bersih tertinggi.

Perkhidmatan kewangan, utiliti dan barangan pengguna pula muncul sebagai tiga sektor yang merekodkan aliran keluar asing bersih.

Sepanjang Oktober, pelabur asing ialah penjual bersih ekuiti Asia merentasi lapan pasaran, dengan jumlah aliran keluar mencecah AS$15.6 bilion, tertinggi sejak Jun 2022.

Related Articles

Ekonomi

Dolar AS rendah dorong ringgit dibuka tinggi

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 25 April- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada...

Inflasi dijangka kekal 2.4 peratus
Ekonomi

Inflasi dijangka kekal 2.4 peratus

INFLASI dijangka kekal 2.4 peratus tahun ini. – GAMBAR HIASANPETALING JAYA: Kadar...

OPR diunjur turun kepada 2.75 peratus Julai ini
Ekonomi

OPR diunjur turun kepada 2.75 peratus Julai ini

KADAR Dasar Semalaman (OPR) dijangka turun kepada 2.75 peratus pada Julai ini...

Ekonomi

Pasaran getah ditutup bercampur-campur ketika harga minyak mentah stabil

Foto hiasanKUALA LUMPUR, 24 April– Pasaran getah Malaysia diniagakan bercampur-campur hari ini,...