Thursday , 26 December 2024
Home Ekonomi Pengurangan pengeluaran minyak sukarela dilanjutkan
Ekonomi

Pengurangan pengeluaran minyak sukarela dilanjutkan

Foto Livevartha

VIENNA, 4 November– Lapan negara anggota kumpulan pengeluar minyak OPEC+, melanjutkan pengurangan pengeluaran sukarela sehingga akhir Disember ini.

Langkah itu sebagai tindak balas terhadap harga minyak yang lemah berikutan kebimbangan kepada permintaan global yang perlahan.

Pelarasan pengeluaran sejak November 2023, melibatkan pengurangan sebanyak 2.2 juta tong sehari.

Negara terlibat turut mengulangi komitmen untuk mencapai pematuhan penuh bagi sasaran pengeluaran masing-masing serta mengimbangi sebarang pengeluaran berlebihan menjelang September 2025.

Langkah memulihkan semula bekalan sepatutnya bermula bulan depan, dengan meningkatkan pengeluaran 180 ribu tong sehari secara berperingkat.

Ia merupakan penangguhan kali kedua, sejak pelarasan sukarela tambahan diumumkan pada April dan November 2023.

Related Articles

PNB komited tingkat simpanan, pelaburan pelanggan
Ekonomi

PNB komited tingkat simpanan, pelaburan pelanggan

KUALA LUMPUR: Permodalan Nasional Bhd. (PNB) menyasarkan untuk meningkatkan aset di bawah...

Dividen ASB 5.75 sen seunit, tertinggi dalam lima tahun
Ekonomi

Dividen ASB 5.75 sen seunit, tertinggi dalam lima tahun

PETALING JAYA: Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) mengumumkan pengagihan pendapatan yang tertinggi...

Ekonomi

Niaga hadapan MSM ditutup bercampur-campur

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 24 Disember- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM)...

Ekonomi

Trend positif pasaran ekuiti dorong dividen ASB tertinggi sejak 2018

Ketua Perhubungan Pelabur Strategi Korporat MBSB, Azharuddin NordinKUALA LUMPUR, 24 Disember –...