Thursday , 14 November 2024
Home Politik PH-UMNO akan terus bekerjasama dalam PRU akan datang
Politik

PH-UMNO akan terus bekerjasama dalam PRU akan datang

ANWAR Ibrahim (tengah) disambut dengan meriah ketika tiba di Pusat Konvensyen PICCA, Butterworth Arena, Pulau Pinang untuk Majlis Perasmian Hari Penjaja dan Peniaga Kecil Peringkat Kebangsaan (HPPK2024), hari ini. UTUSAN/IQBAL HAMDAN

BUKIT MERTAJAM: Pakatan Harapan (PH) bakal meneruskan kerjasama dengan UMNO-Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) nanti, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar yang juga Pengerusi PH berkata, beliau telah melihat kemungkinan dalam beberapa pilihan raya baru-baru ini bahawa sukar bagi mana-mana parti untuk menguasai majoriti agak selesa bagi membentuk Kerajaan Persekutuan.

“Kalau pun ada kemungkinan, majoriti itu terlalu kecil dan tidak menyebabkan kerajaan itu stabil.

“Sejak dua tahun lalu, Malaysia dianggap antara negara paling stabil (hasil kerjasama PH-BN) yang menyebabkan negara luar memberikan perhatian.

“Saya fikir, wajar kita cari jalan untuk teruskan kerjasama antara PH-BN, itu yang utamanya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sesi soal jawab sempena Program Sesi Temu Bersama Anwar di Karnival GEN-AI: Generasi Ada Idea di Jalan Baru di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, kekuatan Malaysia dapat dilihat apabila permohonan untuk menyertai BRICS (Brazil, Russia, India, China, Afrika Selatan) baru-baru ini diterima dengan mudah.

Katanya, beliau sendiri dimaklumkan mesyuarat yang dipengerusikan oleh Presiden Russia, Vladimir Putin itu berlangsung dengan mudah malah permohonan Malaysia disokong kuat oleh  China dan India.

“Ini kerana Malaysia mempunyai potensi, kedudukan strategik dan kita berkawan dengan semua,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Anwar memaklumkan bakal memperkenalkan undang-undang lebih tegas untuk menangani isu buli siber yang semakin berleluasa.

Katanya, ia bakal dibentangkan dalam sidang Parlimen akan datang.

“Kita perkenalkan undang-undang buli siber yang lebih tegas dan akan diumumkan dalam sidang Parlimen nanti.

“Saya minta badan-badan seperti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk ambil tindakan semaksimum mungkin, jangan ada tolak ansur,” katanya. – UTUSAN

Related Articles

Politik

Bersatu perlu terbuka serah mandat Pas kemudi PN

Bersatu didakwa semakin lemah dan Pas patut diberi laluan kemudi PNPETALING JAYA:...

Politik

Kerugian FashionValet boleh bantu ratusan usahawan bumiputera

Dr. Kelvin Yii Lee WuenKUALA LUMPUR: Kerugian pelaburan bernilai RM43.9 juta dicatatkan...

Politik

Radzi, Ronald, Peja menang jawatan Naib Presiden Bersatu

Ronald Kiandee (kiri), Ahmad Faizal Azumu (dua kiri) dan Radzi Jidin (kanan)...

Politik

‘Guan Eng jangan menangis minta bantuan lagi’

LIM GUAN ENGKUALA LUMPUR: Sebilangan kecil pemimpin Kerajaan Perpaduan didakwa masih terbawa-bawa...