Thursday , 14 November 2024
Home Politik Kastam nafi Ketua Pengarah salah guna peruntukan bercuti ke Bangkok
Politik

Kastam nafi Ketua Pengarah salah guna peruntukan bercuti ke Bangkok

ANIS RIZANA MOHD. ZAINUDI

PUTRAJAYA: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menafikan dakwaan Ketua Pengarahnya, Datuk Anis Rizana Mohd. Zainudin menyalahgunakan peruntukan kerajaan untuk bercuti di Bangkok, Thailand.

JKDM dalam kenyataan memaklumkan, perkara berkenaan adalah tohmahan dan fitnah tidak berasas oleh pihak ptidak bertanggungjawab.

Katanya, pengambilan cuti Ketua Pengarah selama dua hari pada 30 Oktober dan 1 November lalu telah mendapat kelulusan melalui sistem HRMIS selaras Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia – Kemudahan Cuti, Ceraian SR.5.1.1.

“JKDM ingin menegaskan bahawa tiada sebarang peruntukan Jabatan digunakan untuk membayar kos penerbangan atau penginapan atau sebarang kos lain yang berkaitan dengan perjalanan Ketua Pengarah dan keluarga ke Bangkok seperti yang ditohmah di platform media berkenaan.

“Segala kos sepanjang lawatan peribadi tersebut ditanggung sepenuhnya oleh KPK sendiri,” katanya kenyataan itu hari ini.

Jelas kenyataan itu, Ketua Pengarah ke Bangkok atas urusan peribadi dan mengambil peluang untuk menghadiri Kejohanan Tinju Antarabangsa memberi sokongan kepada anggotanya, Adli Hafidz yang mewakili Malaysia.

“Adalah menjadi amalan Ketua Pengarah untuk sering memberi sokongan yang padu serta semangat kepada warga JKDM dalam mencapai kejayaan yang cemerlang,” ujarnya.

JKDM berharap dengan penjesalan ini sebarang kekeliruan atau spekulasi yang tidak berasas dapat dihentikan.

“JKDM menyeru semua pihak untuk memberikan fokus kepada usaha-usaha JKDM dalam menjaga keselamatan dan kestabilan ekonomi negara, serta terus mempercayai integriti dan dedikasi yang Ketua Pengarah pegang sebagai peneraju jabatan ini,” katanya.

Kanyataan itu menambah, laporan polis juga telah dibuat untuk menjaga nama baik dan imej Ketua Pengarah serta JKDM bagi menafikan tentang tohmahan dan fitnah yang telah dibuat oleh pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab.

“JKDM menyeru orang ramai agar lebih berhati-hati dan prihatin dengan membuat semakan dan pengesahan terlebih dahulu daripada sumber rasmi JKDM mengenai apa-apa maklumat yang diterima,” katanya. – UTUSAN

Related Articles

Politik

Bersatu perlu terbuka serah mandat Pas kemudi PN

Bersatu didakwa semakin lemah dan Pas patut diberi laluan kemudi PNPETALING JAYA:...

Politik

Radzi, Ronald, Peja menang jawatan Naib Presiden Bersatu

Ronald Kiandee (kiri), Ahmad Faizal Azumu (dua kiri) dan Radzi Jidin (kanan)...

Politik

Kerugian FashionValet boleh bantu ratusan usahawan bumiputera

Dr. Kelvin Yii Lee WuenKUALA LUMPUR: Kerugian pelaburan bernilai RM43.9 juta dicatatkan...

Politik

‘Guan Eng jangan menangis minta bantuan lagi’

LIM GUAN ENGKUALA LUMPUR: Sebilangan kecil pemimpin Kerajaan Perpaduan didakwa masih terbawa-bawa...