Saturday , 23 November 2024
Home Politik Chegubard menang Ketua Bersatu Bahagian Port Dickson
Politik

Chegubard menang Ketua Bersatu Bahagian Port Dickson

BADRUL Hisham Shaharin (tengah) memenangi jawatan Ketua Bahagian Bersatu Port Dickson pada pemilihan Bersatu Bahagian Port Dickson yang diadakan malam semalam.

SEREMBAN: Aktivis politik, Badrul Hisham Shaharin yang lebih dikenali sebagai Chegubard memenangi jawatan Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Port Dickson dalam pemilihan yang diadakan pada Persidangan Bersatu Bahagian Port Dickson malam semalam.

Beliau yang merupakan Timbalan Ketua Bersatu Cawangan Telok Kemang menewaskan Ketua Bersatu Cawangan Linggi, Datuk Zamri Md Said.

Pada pemilihan yang dihadiri seramai 165 orang perwakilan itu turut menyaksikan jawatan Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Port Dickson dimenangi oleh Akklil Aizat Othman manakala naib ketua bahagian dimenangi oleh Mohd. Shuhazlan Ali.

Badrul Hisham turut bertanding bagi jawatan peringkat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) pada pemilihan parti berkenaan.

Sementara itu, di Bahagian Seremban pula menyaksikan jawatan ketua dimenangi oleh Ketua Bersatu Cawangan Batang Benar, Wan Nasry Ahmad.

Beliau menewaskan tiga calon lain iaitu Ketua Bersatu Cawangan Nilai, Mohd. Herman Hassan,Ketua Cawangan Bersatu Ampangan, Aslam Nawabdin dan ahli Bersatu Cawangan Kampung Gebok, Ahmad Aidy Talib.

Satu lagi bahagian yang menyaksikan pertandingan semalam adalah Kuala Pilah yang menyaksikan Ketua Bersatu Cawangan Tengkek, Mohd. Zuhaimi Md Yusof menang bagi jawatan Ketua Bahagian Bersatu Kuala Pilah.

Empat lagi bahagian di negeri iaitu Jempol, Rembau, Rasah dan Jelebu menyaksikan semua calon menang tanpa bertanding manakala satu bahagian tidak layak melaksanakan pertandingan iaitu Bahagian Tampin.-UTUSAN.

Related Articles

Politik

Bersatu perlu terbuka serah mandat Pas kemudi PN

Bersatu didakwa semakin lemah dan Pas patut diberi laluan kemudi PNPETALING JAYA:...

Politik

Kerugian FashionValet boleh bantu ratusan usahawan bumiputera

Dr. Kelvin Yii Lee WuenKUALA LUMPUR: Kerugian pelaburan bernilai RM43.9 juta dicatatkan...

Politik

Radzi, Ronald, Peja menang jawatan Naib Presiden Bersatu

Ronald Kiandee (kiri), Ahmad Faizal Azumu (dua kiri) dan Radzi Jidin (kanan)...

Politik

‘Guan Eng jangan menangis minta bantuan lagi’

LIM GUAN ENGKUALA LUMPUR: Sebilangan kecil pemimpin Kerajaan Perpaduan didakwa masih terbawa-bawa...