Friday , 22 November 2024
Home Politik 10 Bahagian Bersatu digantung boleh bermesyuarat mulai minggu depan
Politik

10 Bahagian Bersatu digantung boleh bermesyuarat mulai minggu depan

HAMZAH Zainudin berbual dengan perwakilan pada Persidangan Bersatu Bahagian Larut di Sungai Bayor di Selama hari ini. – UTUSAN/WAT KAMAL ABAS

LARUT: Sebanyak 10 Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang digantung boleh memulakan mesyuarat peringkat cawangan mulai 7 November ini.

Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, pihaknya sudah memaklumkan perkara itu kepada bahagian-bahagian yang terlibat dan menetapkan pada Disember ini untuk mengadakan mesyuarat Pemilihan Peringkat Bahagian.

“Mengenai 10 Bahagian Bersatu yang digantung, ia bukanlah bersifat selamanya tetapi mereka boleh memulakan mesyuarat peringkat cawangan dan pada Disember pula mengadakan mesyuarat Pemilihan Bahagian.

“Pengantunggan dilakukan bagi Bahagian yang tidak cukup korum untuk mengadakan Persidangan Bahagian,” katanya.

Beliau ditemui pemberita pada Perasmian Persidangan Bersatu Bahagian Larut di Dewan Orang Ramai (DOR) Sungai Bayor di sini hari ini.

Bahagian Bersatu yang digantung melibatkan Hulu Langat dan Kota Melaka.

Bahagian lain yang digantung ialah Jasin, Tapah, Teluk Intan, Machang, Bukit Mertajam, Bukit Bendera, Tanjong dan Cameron Highlands. – UTUSAN

 

Related Articles

Politik

Bersatu perlu terbuka serah mandat Pas kemudi PN

Bersatu didakwa semakin lemah dan Pas patut diberi laluan kemudi PNPETALING JAYA:...

Politik

Kerugian FashionValet boleh bantu ratusan usahawan bumiputera

Dr. Kelvin Yii Lee WuenKUALA LUMPUR: Kerugian pelaburan bernilai RM43.9 juta dicatatkan...

Politik

Radzi, Ronald, Peja menang jawatan Naib Presiden Bersatu

Ronald Kiandee (kiri), Ahmad Faizal Azumu (dua kiri) dan Radzi Jidin (kanan)...

Politik

‘Guan Eng jangan menangis minta bantuan lagi’

LIM GUAN ENGKUALA LUMPUR: Sebilangan kecil pemimpin Kerajaan Perpaduan didakwa masih terbawa-bawa...