Monday , 25 November 2024
Home Politik [RASMI] Syed Hussien menang besar dengan majoriti 20,648 undi.
Politik

[RASMI] Syed Hussien menang besar dengan majoriti 20,648 undi.

SYED HUSSIEN Syed Abdullah (tengah) bersama-sama Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi serta beberapa pemimpin mengangkat tangan selepas diumumkan secara rasmi sebagai pemenangi PRK DUN Mahkota di Dewan Tunku Ibrahim Ismail, Kluang.

KLUANG: Calon Barisan Nasional (BN), Syed Hussien Syed Abdullah, 40, bukan sahaja mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, malah menang dengan majoriti besar dalam Pilihan Raya  Kecil (PRK), hari ini.

Setelah proses penjumlahan undi melibatkan 121 saluran di 20 pusat pengundian selesai, Syed Hussien yang menangi di semua ousat pengundian mendapat 27,995 undi, sekali gus menang dengan majoriti 20,648 undi.

Calon Perikatan Nasional (PN), Mohamad Haizan Jaafar pula jauh ketinggalan apabila hanya mendapat 7,347 undi.

Undi yang ditolak berjumlah 329 undi.

Kemenangan Syed Hussien diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Azurawati Wahid pada pukul 9.05 malam.

Peratusan pengundian lebih 53.84 peratus daripada jumlah keseluruhan 66,318 pengundi di  DUN Mahkota.

PRK DUN Mahkota diadakan susulan kematian penyandangnya, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain pada 2 Ogos lalu.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 2022, Sharifah Azizah menang dengan majoriti 5,166 undi. – UTUSAN

Related Articles

Politik

Bersatu perlu terbuka serah mandat Pas kemudi PN

Bersatu didakwa semakin lemah dan Pas patut diberi laluan kemudi PNPETALING JAYA:...

Politik

Kerugian FashionValet boleh bantu ratusan usahawan bumiputera

Dr. Kelvin Yii Lee WuenKUALA LUMPUR: Kerugian pelaburan bernilai RM43.9 juta dicatatkan...

Politik

Radzi, Ronald, Peja menang jawatan Naib Presiden Bersatu

Ronald Kiandee (kiri), Ahmad Faizal Azumu (dua kiri) dan Radzi Jidin (kanan)...

Politik

‘Guan Eng jangan menangis minta bantuan lagi’

LIM GUAN ENGKUALA LUMPUR: Sebilangan kecil pemimpin Kerajaan Perpaduan didakwa masih terbawa-bawa...