Home Nasional Subsidi RM300 pelajar IPT dalam Sabah pulang ke kampung – Hajiji
Nasional

Subsidi RM300 pelajar IPT dalam Sabah pulang ke kampung – Hajiji

Subsidi RM300 pelajar IPT dalam Sabah pulang ke kampung – Hajiji

Hajiji Noor / Foto BERNAMA

KOTA KINABALU, 3 November- Kerajaan Sabah akan memberikan bantuan subsidi RM300 kepada pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta dalam negeri itu, untuk mereka pulang ke kampung halaman terutama pada musim perayaan di Sabah.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata bantuan sekali bayar itu, merupakan permintaan daripada pelajar IPT terlibat, justeru kerajaan negeri yang sentiasa mendengar keluhan rakyat akan menunaikan hasrat itu.

Sebagai contoh beliau berkata pelajar yang berasal dari Tawau dan Sandakan yang sedang belajar di IPT di Kota Kinabalu, akan menerima bantuan subsidi tersebut sama ada mereka mahu menggunakannya untuk membeli tiket kapal terbang, bas atau pengangkutan lain.

“Pelbagai inisiatif dan bantuan diberikan kepada rakyat khususnya pelajar, adalah untuk melahirkan modal insan berpengetahuan dan berilmu, yang akan membantu membangunkan negeri ini,” katanya berucap merasmikan Konvensyen Mahasiswa Gabungan Rakyat Sabah (GRS) di Sembulan di sini hari ini.

Beliau yang juga Pengerusi GRS berkata maklumat terperinci mengenai bantuan subsidi itu termasuk jumlah penerima bantuan, kini sedang diteliti oleh pihak yang berkaitan.

Hajiji berkata pada bulan Ramadan lepas, bantuan subsidi sekali bayar RM600 telah diberikan kepada pelajar Sabah yang belajar di IPT awam dan swasta di Semenanjung, Sarawak dan Labuan, untuk mereka pulang ke kampung halaman masing-masing pada musim perayaan atau cuti semesta.

“Inisiatif ini dinamakan Graduan Rindu Sabah bagi membantu pelajar kita di sana,” katanya.- BERNAMA

Related Articles

Petugas media dijemput sertai Pesta Pantun sempena HAWANA 2025
Nasional

Petugas media dijemput sertai Pesta Pantun sempena HAWANA 2025

Penyertaan Pesta Pantun HAWANA–DBP 2025 terbuka kepada semua petugas media / Foto...

Ribut petir di Sarawak, Sabah dan Labuan hingga 1 tengah hari ini
Nasional

Ribut petir di Sarawak, Sabah dan Labuan hingga 1 tengah hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 2 Mei – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran...

Presiden Kosovo diberi sambutan rasmi, Anwar terima Anugerah 'Order of Independence'
Nasional

Presiden Kosovo diberi sambutan rasmi, Anwar terima Anugerah 'Order of Independence'

Presiden Republik Kosovo, Dr Vjosa Osmani Sadriu dan Perdana Menteri, Datuk Seri...

Presiden Kosovo melawat Malaysia
Nasional

Presiden Kosovo melawat Malaysia

Lawatan Presiden Kosovo/BernamaSEPANG, 1 MEI – Presiden Kosovo, Dr. Vjosa Osmani Sadriu...