Home Nasional Penubuhan JTDC mampu realisasikan pelaksanaan gaji premium
Nasional

Penubuhan JTDC mampu realisasikan pelaksanaan gaji premium

Penubuhan JTDC mampu realisasikan pelaksanaan gaji premium

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi /Foto RTM

JOHOR BAHARU, 3 November-Penubuhan Majlis Pembangunan Bakat Johor (JTDC) akan terus memperkasa ekosistem pendidikan TVET dan menyediakan peluang kerjaya berkemahiran tinggi.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, inisiatif turut mampu merealisasikan pelaksanaan gaji premium di Johor, khasnya di Zon Ekonomi Khas Johor- Singapura (JS-SEZ).

“Contohnya gaji minima di Malaysia RM1,700 dan gaji minima di Singapura pula SD$1,500 iaitu bersamaan dengan RM5,210.

“Maka apa yang dilakukan kerajaan negeri Johor iaitu menentukan gaji premium untuk yang mempunyai diploma RM4,000 dan juga mempunyai SKM (Sijil Kemahiran Malaysia) yang sama dengan diploma, sama dengan ijazah RM5,000.

“Saya mesti mengakui tidak ada negeri yang melakukannya setakat ini, Johorlah negeri pertama yang melakukannya,” katanya yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah pada Pelancaran JTDC dan Karnival Kerjaya di Pusat Konvensyen Persada Johor Bahru, di sini.

JTDC bakal bertindak sebagai hub sehenti yang menghubungkan Institusi TVET, industri dan pencari kerja.

Usaha bertujuan memastikan graduan TVET menerima imbuhan setimpal, bersandarkan penanda aras gaji negara jiran.

Menurutnya, ketika ini 100,000 peluang kerja terdapat di Johor, termasuk 74,000 peluang kerja berkemahiran tinggi terdapat di JS-SEZ.

Daripada jumlah itu, hanya 52,000 kekosongan berjaya dipenuhi.

Related Articles

Petugas media dijemput sertai Pesta Pantun sempena HAWANA 2025
Nasional

Petugas media dijemput sertai Pesta Pantun sempena HAWANA 2025

Penyertaan Pesta Pantun HAWANA–DBP 2025 terbuka kepada semua petugas media / Foto...

Ribut petir di Sarawak, Sabah dan Labuan hingga 1 tengah hari ini
Nasional

Ribut petir di Sarawak, Sabah dan Labuan hingga 1 tengah hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 2 Mei – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran...

Presiden Kosovo diberi sambutan rasmi, Anwar terima Anugerah 'Order of Independence'
Nasional

Presiden Kosovo diberi sambutan rasmi, Anwar terima Anugerah 'Order of Independence'

Presiden Republik Kosovo, Dr Vjosa Osmani Sadriu dan Perdana Menteri, Datuk Seri...

Presiden Kosovo melawat Malaysia
Nasional

Presiden Kosovo melawat Malaysia

Lawatan Presiden Kosovo/BernamaSEPANG, 1 MEI – Presiden Kosovo, Dr. Vjosa Osmani Sadriu...