Home Pasaran Ringgit Dijangka Diniagakan Dalam Mod Berhati-hati Berbanding Dolar AS Minggu Depan
Pasaran

Ringgit Dijangka Diniagakan Dalam Mod Berhati-hati Berbanding Dolar AS Minggu Depan

Ringgit Dijangka Diniagakan Dalam Mod Berhati-hati Berbanding Dolar AS Minggu Depan

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 2 Nov(Livevartha) –Ringgit dijangka diniagakan dalam modberhati-hati minggu depan menjelang pilihan raya Presiden AS pada 5 Nov, 2024, kata seorang penganalisis.

Rakan PengurusanSPI Asset Management Stephen Innes berkata peniaga menjangkakan kemenangan akan berpihak kepadaDonald Trump, dan inimenunjukkan trajektori berpotensi menurun bagi ringgit, ke paras 4.50 berbanding dolar AS.

“Sebaliknya, kemenangan Kamala Harris boleh melonjakkan ringgitkerana Rizab Persekutuan AS berkemungkinan akan memperkenalkan semula pemotongan kadar faedah.

"Bagi ringgit, sukar mahu menjangkakan prestasinya dalam persekitaran pilihan raya ini.Malaysia telah menunjukkan daya tahan hasil eksport dan pelaburan yang kukuh, namun prospek 2025 sangat bergantung kepada keputusan pilihan raya AS,” katanya kepada Livevartha.

Ringgit diniagakan kebanyakannya lebih rendah berbanding dolar AS pada minggu yang baru berakhir, terutamanya didorong oleh ketidaktentuan mengenai keputusan pilihan raya presiden AS.

Pada asas Jumaat ke Jumaat, ringgit susut berbanding dolar AS kepada 4.3780/3835 daripada 4.3405/3450 seminggu lepas.

Ia juga diniagakankebanyakannya lebih rendah berbanding mata wang utama lain.

Mata wang tempatan itu meningkat berbanding euro, ditutup pada 5.6502/6573 pada Jumaat daripada 4.6977/7026 seminggu sebelumnya, tetapi merosot berbanding pound Britain kepada 5.6502/6573 daripada 5.6348/6407 dan susut berbanding yen Jepun kepada 2.8652/8690 daripada 2.8554/8586 sebelum ini.

Related Articles

Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Tinggi Kebanyakannnya
Pasaran

Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Tinggi Kebanyakannnya

KUALA LUMPUR, 2 Julai(Livevartha) — Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI...

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Berikutan Kebimbangan Fiskal
Pasaran

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Berikutan Kebimbangan Fiskal

Oleh Harizah Hanim Mohamed KUALA LUMPUR, 2 Julai(Livevartha) –Ringgit dibukalebih tinggiberbanding dolar...

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Meningkat
Pasaran

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Meningkat

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Livevartha) –Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM...

Belian Saham Wajaran Tinggi, Prospek Positif Pacu Bursa Malaysia Dibuka Meningkat
Pasaran

Belian Saham Wajaran Tinggi, Prospek Positif Pacu Bursa Malaysia Dibuka Meningkat

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Livevartha) — Bursa Malaysia memulakan urus niaga hari...