Home Nasional Kesalahan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak meningkat 21.1% pada 2023
Nasional

Kesalahan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak meningkat 21.1% pada 2023

Kesalahan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak meningkat 21.1% pada 2023

FOTO HIASAN

PUTRAJAYA, 1 November- Kesalahan amang seksual secara fizikal terhadap kanak-kanak pada 2023 mencatatkan peningkatan 21.1 peratus iaitu 1,389 kes berbanding 1,147 kes pada 2022, kata Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin.

Dalam kenyataan sempena penerbitan Statistik Kanak-Kanak Malaysia, 2024 hari ini beliau berkata kesalahan amang seksual secara bukan fizikal dan pornografi kanak-kanak masing-masing merekodkan 91 kes dan 67 kes pada 2023.

Bagi kanak-kanak terlibat dengan jenayah, bilangan kes kesalahan seksual melibatkan kanak-kanak yang dilaporkan kepada Polis Diraja Malaysia meningkat 26.5 peratus pada 2023 kepada 1,567 kes berbanding 1,239 kes pada 2022.

“Daripada perspektif perlindungan kanak-kanak, bilangan kanak-kanak yang memerlukan pemeliharaan dan perlindungan yang direkodkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat pada 2023 meningkat 26.1 peratus kepada 8,536 kanak-kanak berbanding 6,770 kanak-kanak pada 2022,” katanya.

Mohd Uzir berkata berdasarkan statistik anggaran penduduk 2024, kanak-kanak di bawah umur 18 tahun adalah berjumlah 9.14 juta iaitu 26.9 peratus daripada jumlah penduduk Malaysia iaitu 34.06 juta.

“Bilangan kanak-kanak lelaki dan perempuan di bawah umur 18 tahun masing-masing ialah 4.72 juta dan 4.42 juta. Kanak-kanak merupakan aset negara bagi penyambung nadi pembangunan negara pada masa hadapan,” katanya.

Beliau berkata dari segi aspek tahap kesihatan kanak-kanak didapati Certain conditions originating in the perinatal period kekal menjadi sebab kematian utama yang disahkan secara perubatan bagi kanak-kanak kurang daripada lima tahun pada 2023.

Dari segi aspek pengambilan pelalian, liputan bagi semua jenis pelalian kepada bayi semakin baik pada 2023.

Hepatitis B mencatatkan peningkatan tertinggi iaitu sebanyak 10.6 peratus kepada 107.7 peratus berbanding 97.1 peratus pada 2022, katanya.

Penerbitan Statistik Kanak-kanak Malaysia, 2024 boleh dimuat turun secara percuma menerusi portal Jabatan Perangkaan Malaysia (www.dosm.gov.my).-BERNAMA

Related Articles

Petugas media dijemput sertai Pesta Pantun sempena HAWANA 2025
Nasional

Petugas media dijemput sertai Pesta Pantun sempena HAWANA 2025

Penyertaan Pesta Pantun HAWANA–DBP 2025 terbuka kepada semua petugas media / Foto...

Ribut petir di Sarawak, Sabah dan Labuan hingga 1 tengah hari ini
Nasional

Ribut petir di Sarawak, Sabah dan Labuan hingga 1 tengah hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 2 Mei – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran...

Presiden Kosovo diberi sambutan rasmi, Anwar terima Anugerah 'Order of Independence'
Nasional

Presiden Kosovo diberi sambutan rasmi, Anwar terima Anugerah 'Order of Independence'

Presiden Republik Kosovo, Dr Vjosa Osmani Sadriu dan Perdana Menteri, Datuk Seri...

Presiden Kosovo melawat Malaysia
Nasional

Presiden Kosovo melawat Malaysia

Lawatan Presiden Kosovo/BernamaSEPANG, 1 MEI – Presiden Kosovo, Dr. Vjosa Osmani Sadriu...