Home Nasional Premis Tamu Desa, beri manfaat kepada penjaja dan peniaga
Nasional

Premis Tamu Desa, beri manfaat kepada penjaja dan peniaga

Premis Tamu Desa, beri manfaat kepada penjaja dan peniaga

Foto Fail

KOTA KINABALU, 31 Oktober-Pembinaan premis Tamu Desa yang dilaksana di Sabah dan Sarawak memberi manfaat kepada komuniti penjaja dan peniaga kecil.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick berkata pihaknya menerima banyak permohonan daripada wakil rakyat di kedua-dua negeri termasuk daripada persatuan penjaja dan peniaga kecil,meminta agar kemudahan lebih baik disediakan untuk penjaja dan peniaga kecil di kawasan terlibat.

“Diharapkan pada tahun hadapan kita dapat meneruskan pelaksanaan premis Tamu Desa seperti yang dibentangkan dalam Belanjawan 2025.

“Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) telah mengambil kira permintaan kita dan seterusnya membentangkan sejumlah peruntukan yang boleh digunakan untuk meneruskan pelaksanaan premis Tamu Desa pada tahun depan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Anwar ketika membentangkan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat berkata RM100 juta disediakan bagi membina gerai dan membaik pulih prasarana pasar awam di bawah pihak berkuasa tempatan seluruh negara, menyediakan ruang niaga kepada penjaja kecil Tamu Desa Sabah dan Sarawak, serta menaik taraf kemudahan perniagaan di bawah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Ewon berkata Fasa 1 pembinaan baharu dan naik taraf 36 projek Tamu Desa di seluruh Sabah telah siap bulan ini selain KUSKOP juga telah menyerahkan Surat Kuasa Pelaksanaan kepada pegawai daerah dan penolong pegawai daerah untuk pembinaan 18 buah projek Tamu Desa di negeri itu.

Beliau berkata beberapa wakil rakyat dari Semenanjung juga telah menyatakan minat kepada KUSKOP untuk membawa program Tamu Desa ke kawasan mereka bagi membantu penduduk di luar bandar.

Related Articles

ESSCOM perkukuh keselamatan Timur Sabah
Nasional

ESSCOM perkukuh keselamatan Timur Sabah

Komander ESSCOM, Datuk Victor Sanjos dan Ketua Pegawai Eksekutif ESSCOM, Datuk Dr....

Umat Islam perlu jadi duta al-Quran – Raja Perlis
Nasional

Umat Islam perlu jadi duta al-Quran – Raja Perlis

Umat Islam perlu mempertingkatkan pembudayaan ilmu al-Quran dalam mendepani cabaran teknologi /...

Budak 10 tahun maut, 10 lain cedera nahas 3 kenderaan di Kota Tinggi
Nasional

Budak 10 tahun maut, 10 lain cedera nahas 3 kenderaan di Kota Tinggi

Kanak-kanak lelaki maut kemalangan tiga kenderaan di di Kilometer 44.2, Jalan Johor...

KPT bakal teliti keperluan tambah Kolej Komuniti di pedalaman Sabah, Sarawak
Nasional

KPT bakal teliti keperluan tambah Kolej Komuniti di pedalaman Sabah, Sarawak

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan meneliti keperluan menambah Kolej Komuniti khususnya di...