Wednesday , 25 December 2024
Home Ekonomi OM Sarawak perlu memanfaatkan sisa pengeluaran ferroaloi
Ekonomi

OM Sarawak perlu memanfaatkan sisa pengeluaran ferroaloi

Foto RTM

BINTULU, 30 Oktober- Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg, menyarankan OM Sarawak, syarikat peleburan ferroaloi terbesar di luar China, untuk memanfaatkan sisa pengeluaran dalam usaha mengukuhkan ekonomi kitaran negeri.

Beliau mencadangkan sisa pengeluaran digunakan untuk menghasilkan bahan seperti wayar teras silikon kalsium, yang berpotensi menyokong industri pembinaan kapal dan pesawat serta projek pembinaan jalan raya di Sarawak.

“Langkah ini bukan sahaja mampu memanjangkan rantaian nilai OM Sarawak, malah turut menyokong usaha Sarawak ke arah ekonomi kitaran yang mampan,\” katanya.

Beliau berucap pada majlis makan malam ulang tahun ke-10 OM Sarawak di Bintulu.

Tan Sri Abang Johari juga menekankan sisa pengeluaran ferroaloi dapat dimanfaatkan dalam pembinaan jalan seperti Lebuhraya Pan Borneo dan jalan pesisir dalam tempoh lima hingga sepuluh tahun akan datang. Ini selaras dengan Pelan Tindakan Lestari Sarawak yang memberi keutamaan kepada pembuatan karbon rendah.

Tambah beliau, penggunaan sisa industri sebagai bahan pembinaan jalan boleh menjadi penyelesaian yang bernilai.

OM Sarawak dilihat berpotensi untuk terus menyumbang kepada ekonomi hijau di Sarawak melalui inovasi dan teknologi hijau, sejajar dengan Strategi Pembangunan Pasca-Covid (PCDS) 2030.

Related Articles

PNB komited tingkat simpanan, pelaburan pelanggan
Ekonomi

PNB komited tingkat simpanan, pelaburan pelanggan

KUALA LUMPUR: Permodalan Nasional Bhd. (PNB) menyasarkan untuk meningkatkan aset di bawah...

Dividen ASB 5.75 sen seunit, tertinggi dalam lima tahun
Ekonomi

Dividen ASB 5.75 sen seunit, tertinggi dalam lima tahun

PETALING JAYA: Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) mengumumkan pengagihan pendapatan yang tertinggi...

Ekonomi

Niaga hadapan MSM ditutup bercampur-campur

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 24 Disember- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM)...

Ekonomi

Trend positif pasaran ekuiti dorong dividen ASB tertinggi sejak 2018

Ketua Perhubungan Pelabur Strategi Korporat MBSB, Azharuddin NordinKUALA LUMPUR, 24 Disember –...