Home Nasional Dua lagi pengikut GISBH didakwa esok
Nasional

Dua lagi pengikut GISBH didakwa esok

Dua lagi pengikut GISBH didakwa esok

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 29 Oktober- Dua lagi pengikut Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISBH) akan didakwa di Mahkamah Klang, esok.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata bagi kes pertama, wanita berusia 44 tahun akan didakwa di Mahkamah Klang mengikut Seksyen 14 Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (Atipsom) 2007 (Akta 670).

Beliau berkata arahan pertuduhan diterima daripada Timbalan Pendakwa Raya pada 17 Oktober dan suspek akan didakwa pukul 9.00 pagi esok.

“Seorang lagi wanita berusia 54 tahun akan didakwa di Mahkamah Majistret Klang mengikut Seksyen 5(1) Akta Pusat Jagaan 1993.

“Arahan pertuduhan diterima daripada Timbalan Pendakwa Raya pada 15 Oktober dan suspek akan didakwa pukul 9.00 pagi esok,” katanya ketika dihubungi hari.

Beliau berkata kedua-dua suspek itu tahanan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).- BERNAMA

BERITA BERKAITAN:

    • GISBH : 68 permohonan perintah mahkamah kembalikan kanak-kanak diselamatkan sedang diproses
    • JAKIM tumpu perkukuh akidah dan pegangan ahli-ahli GISBH
    • KPN siasat pihak dedah keberadaan kanak-kanak GISBH
    • GISBH menyeleweng, sesat – Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang

Related Articles

ESSCOM perkukuh keselamatan Timur Sabah
Nasional

ESSCOM perkukuh keselamatan Timur Sabah

Komander ESSCOM, Datuk Victor Sanjos dan Ketua Pegawai Eksekutif ESSCOM, Datuk Dr....

Umat Islam perlu jadi duta al-Quran – Raja Perlis
Nasional

Umat Islam perlu jadi duta al-Quran – Raja Perlis

Umat Islam perlu mempertingkatkan pembudayaan ilmu al-Quran dalam mendepani cabaran teknologi /...

Budak 10 tahun maut, 10 lain cedera nahas 3 kenderaan di Kota Tinggi
Nasional

Budak 10 tahun maut, 10 lain cedera nahas 3 kenderaan di Kota Tinggi

Kanak-kanak lelaki maut kemalangan tiga kenderaan di di Kilometer 44.2, Jalan Johor...

KPT bakal teliti keperluan tambah Kolej Komuniti di pedalaman Sabah, Sarawak
Nasional

KPT bakal teliti keperluan tambah Kolej Komuniti di pedalaman Sabah, Sarawak

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan meneliti keperluan menambah Kolej Komuniti khususnya di...