Home Nasional Semangat Deepavali: Maxis raikan 165 pelajar MySkills Foundation
Nasional

Semangat Deepavali: Maxis raikan 165 pelajar MySkills Foundation

Semangat Deepavali: Maxis raikan 165 pelajar MySkills Foundation

165 pelajar MySkills Foundation/Foto Maxis

KUALA LUMPUR, 29 Oktober – Sempena sambutan Deepavali, Maxis mengadakan majlis khas untuk meraikan lebih 165 pelajar di MySkills Foundation, di Kalumpang Hulu Selangor, baru-baru ini.

Ketua Pegawai Hal Ehwal Korporat Maxis, Mariam Bevi Batcha berkata, pegawai dan petugas syarikat tersebut telah melakukan pelbagai aktiviti yang menonjolkan tradisi dan budaya perayaan Deepavali.

\”Acara ini bertujuan mengukuhkan nilai kebersamaan dan kepelbagaian budaya, antaranya menghias kolam warna-warni, menyediakan hidangan tradisional, dan kudapan seperti murukku.

\”Pelajar turut terlibat dalam bengkel berkebun secara praktikal, yang mana mereka menanam bunga untuk menceriakan kampus sambil mempelajari amalan lestari,\” menurut kenyataan itu.

Dalam pada itu, Pengerusi MySkills Foundation, Dr. M. Shanmuga Siva, kerjasama panjang dengan syarikat telekomunikasi sejak 2015 itu telah memberikan inspirasi dan semangat kepada pelajar.

MySkills Foundation adalah sebuah organisasi bukan untung yang berdedikasi untuk memperkasakan belia yang kurang berkemampuan melalui pendidikan, latihan kemahiran, dan program pembangunan holistik.

Sebagai tambahan, syarikat telekomunikasi itu turut melancarkan sebuah video mengisahkan detik-detik kebersamaan antara seorang anak perempuan dan ibunya.

Video tersebut boleh ditonton di YouTube di pautan https://youtu.be/gqMEusorN8Y.

Related Articles

ESSCOM perkukuh keselamatan Timur Sabah
Nasional

ESSCOM perkukuh keselamatan Timur Sabah

Komander ESSCOM, Datuk Victor Sanjos dan Ketua Pegawai Eksekutif ESSCOM, Datuk Dr....

Umat Islam perlu jadi duta al-Quran – Raja Perlis
Nasional

Umat Islam perlu jadi duta al-Quran – Raja Perlis

Umat Islam perlu mempertingkatkan pembudayaan ilmu al-Quran dalam mendepani cabaran teknologi /...

Budak 10 tahun maut, 10 lain cedera nahas 3 kenderaan di Kota Tinggi
Nasional

Budak 10 tahun maut, 10 lain cedera nahas 3 kenderaan di Kota Tinggi

Kanak-kanak lelaki maut kemalangan tiga kenderaan di di Kilometer 44.2, Jalan Johor...

KPT bakal teliti keperluan tambah Kolej Komuniti di pedalaman Sabah, Sarawak
Nasional

KPT bakal teliti keperluan tambah Kolej Komuniti di pedalaman Sabah, Sarawak

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan meneliti keperluan menambah Kolej Komuniti khususnya di...