Home Nasional Tujuh jambatan kayu di Pos Gob diganti jambatan keluli RM1.7 juta
Nasional

Tujuh jambatan kayu di Pos Gob diganti jambatan keluli RM1.7 juta

Tujuh jambatan kayu di Pos Gob diganti jambatan keluli RM1.7 juta

Foto RTM

GUA MUSANG, 30 Oktober-Tujuh jambatan kayu di sepanjang jalan utama yang digunakan masyarakat Orang Asli di Pos Gob, di sini, sebagai jalan darat untuk ke bandar sudah digantikan dengan jambatan keluli yang dianggarkan bernilai RM1.7 juta.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli, Datuk Sapiah Mohd Nor berkata pembinaan jambatan keluli itu, adalah inisiatif Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah manakala Jabatan Kerja Raya (JKR) KESEDAR selaku pelaksana bagi projek itu.

Katanya, setakat ini, enam jambatan keluli telah siap dibina sepenuhnya manakala sebuah lagi belum dapat disiapkan kerana masalah cuaca dan beberapa faktor lain.

\”Insya-Allah, kita bercadang untuk melantik JKR Kesedar untuk membina beberapa jambatan lain di perkampungan Orang Asli bagi memberi kemudahan perjalanan, melakukan aktiviti harian serta menghantar anak-anak ke sekolah,\” katanya demikian selepas meninjau jambatan besi yang dibina di sepanjang laluan ke Pos Gob.-BERNAMA

Related Articles

ESSCOM perkukuh keselamatan Timur Sabah
Nasional

ESSCOM perkukuh keselamatan Timur Sabah

Komander ESSCOM, Datuk Victor Sanjos dan Ketua Pegawai Eksekutif ESSCOM, Datuk Dr....

Umat Islam perlu jadi duta al-Quran – Raja Perlis
Nasional

Umat Islam perlu jadi duta al-Quran – Raja Perlis

Umat Islam perlu mempertingkatkan pembudayaan ilmu al-Quran dalam mendepani cabaran teknologi /...

Budak 10 tahun maut, 10 lain cedera nahas 3 kenderaan di Kota Tinggi
Nasional

Budak 10 tahun maut, 10 lain cedera nahas 3 kenderaan di Kota Tinggi

Kanak-kanak lelaki maut kemalangan tiga kenderaan di di Kilometer 44.2, Jalan Johor...

KPT bakal teliti keperluan tambah Kolej Komuniti di pedalaman Sabah, Sarawak
Nasional

KPT bakal teliti keperluan tambah Kolej Komuniti di pedalaman Sabah, Sarawak

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan meneliti keperluan menambah Kolej Komuniti khususnya di...