Home Nasional Majlis Istiadat Bersanding Tengku Muhammad dan Tengku Natasya meriah
Nasional

Majlis Istiadat Bersanding Tengku Muhammad dan Tengku Natasya meriah

Majlis Istiadat Bersanding Tengku Muhammad dan Tengku Natasya meriah

Putera Diraja Tengku Arif Bendahara, Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah dengan Tengku Natasya Puteri Tengku Adnan diapit adik beradik pengantin perempuan

KUANTAN, 27 Oktober – Istiadat Bersanding Putera Diraja Tengku Arif Bendahara, Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah dengan Tengku Natasya Puteri Tengku Adnan berlangsung dengan penuh istiadat dan tradisi di Istana Abdulaziz, di sini, sebentar tadi.

Istiadat bermula dengan seramai 16 orang Jejawat Lilin masuk ke Balai Mahkota sebelum Tengku Natasya Puteri yang tampil anggun dalam busana berona putih dengan kilauan hiasan dibawa tepat pukul 8.40 malam tadi.

Tengku Muhammad kemudian dibawa masuk ke Balai Mahkota bersama Sirih Lat-Lat yang kemudiannya diserahkan kepada Tengku Natasya Puteri sebagai tanda bermulanya Istiadat Bersanding.

Tengku Puteri Seri Teja Tengku Muhaini Binti Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta\’in Billah memulakan upacara menyuap nasi semangat yang disambung oleh pasangan diraja yang menyuap di antara satu sama lain.

Sultan pahang, Al Sultan Abdullah Riayatuddin Al Mustafa Billah kemudian berkenan mendahului adat tepung tawar dan merenjis kedua-dua pasangan pengantin.

Kemudian disusuli, Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Mainunah Iskandariah, Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah serta Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.

Usai merenjis, Sultan Pahang berkenan melengkapkan istiadat bersanding dengan upacara letak pancar bicara di kepala kedua-dua pengantin sebagai simbolik merestui pasangan pengantin.

Mufti Pahang Profesor Datuk Dr. Asmadi Mohd Naim kemudian memimpin bacaan doa sebelum pasangan Pengantin Diraja meninggalkan majlis menandakan tamatnya Istiadat Bersanding.

Pasangan Pengantin Diraja kemudiannya menuju ke Balai Bendahara bagi majlis memotong kek dan menikmati jamuan makan bersama semua jemputan yang hadir.

Istimewanya, semua hadirin dijamu menu-menu tradisional negeri Pahang antaranya Patin Buah Tempoyak, Ayam Kampung Asam Rom, Ayam Kampung Gulai Tempoyak, Ikan Pekasam Pahang, Sambal Peda, Daging Pacak, Bubur Murai dan Aiskrim CheMinahSayang.

Related Articles

Dua maut selepas motosikal bertembung, terbakar
Nasional

Dua maut selepas motosikal bertembung, terbakar

FOTO JBPM PULAU PINANGNIBONG TEBAL, 4 Mei- Dua penunggang motosikal maut selepas...

Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Hari Anggota Bomba Sedunia 2025
Nasional

Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Hari Anggota Bomba Sedunia 2025

Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan IskandarKUALA LUMPUR, 4 Mei– Yang di-Pertuan Agong...

Kerjasama erat TH, Mashariq lancarkan operasi haji Malaysia
Nasional

Kerjasama erat TH, Mashariq lancarkan operasi haji Malaysia

Mohd Hisham Harun dan Ali Hussein Al Bundugi/RTMMEKAH, 4 Mei- Kerjasama strategik...

Persiapan Tahun Melawat Malaysia 2026, kerajaan tumpu tiga teras strategik
Nasional

Persiapan Tahun Melawat Malaysia 2026, kerajaan tumpu tiga teras strategik

Kerjasama strategik awam-swasta penting bagi memastikan Malaysia kekal sebagai destinasi pelancongan pilihan...