Home Nasional Sektor pelancongan terus diperkasa, menjelang TMM 2026 – Zahid
Nasional

Sektor pelancongan terus diperkasa, menjelang TMM 2026 – Zahid

Sektor pelancongan terus diperkasa, menjelang TMM 2026 – Zahid

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR, 26 Oktober– Usaha bersepadu pemain industri perhotelan perlu giat diperkasa sebagai persiapan menarik lebih ramai pelancong menjelang Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2026 akan datang.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi usaha itu sekali gus akan mendokong inisiatif Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya (MOTAC) untuk meningkatkan imej negara.

\”Dalam usaha kita untuk menarik lebih ramai pelancong dalam dan luar negara. Pelancongan adalah pendapatan kedua terbesar negara merangkumi inap desa hingga hotel bertaraf enam bintang. Kita harus ada usaha yang bersepadu untuk kita mempromosi nama Malaysia.

Saya minta daripada segi hospitaliti industri ini, kita mahu rakyat Malaysia yang terkenal dengan kemesraan turut mempromosikan produk pelancongan negara sepertimana tanggungjawab yang digalas MOTAC,\” kata Dr. Ahmad Zahid kepada pemberita, hari ini.

Beliau yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Pelancongan Kabinet berkata demikian selepas hadir ke Majlis Pra-Pelancaran Hotel Teedo di ibu negara, pada Jumaat.

Related Articles

Dua maut selepas motosikal bertembung, terbakar
Nasional

Dua maut selepas motosikal bertembung, terbakar

FOTO JBPM PULAU PINANGNIBONG TEBAL, 4 Mei- Dua penunggang motosikal maut selepas...

Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Hari Anggota Bomba Sedunia 2025
Nasional

Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Hari Anggota Bomba Sedunia 2025

Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan IskandarKUALA LUMPUR, 4 Mei– Yang di-Pertuan Agong...

Kerjasama erat TH, Mashariq lancarkan operasi haji Malaysia
Nasional

Kerjasama erat TH, Mashariq lancarkan operasi haji Malaysia

Mohd Hisham Harun dan Ali Hussein Al Bundugi/RTMMEKAH, 4 Mei- Kerjasama strategik...

Persiapan Tahun Melawat Malaysia 2026, kerajaan tumpu tiga teras strategik
Nasional

Persiapan Tahun Melawat Malaysia 2026, kerajaan tumpu tiga teras strategik

Kerjasama strategik awam-swasta penting bagi memastikan Malaysia kekal sebagai destinasi pelancongan pilihan...